Islamic Widget

Latest Update

12 March 2012

All England 2012

Lee Chong Wei vs Lin Dan
1st Set: LCW(19)-LD(21)
2nd Set: LCW tarik diri akibat kecederaan apabila Lin Dan mengatasi 6-2

Sejujurnya, Match 2 orang hero dalam badminton ni sememangnya dinantikan oleh semua peminat badminton seluruh dunia terutama dari Malaysia dan China termasuklah Aku… hehee.. Dengan semangat kesukanan yang tinggi… Aku pun tunggulah sampai pukul 12++ malam…

Sebelum perlawanan dimulakan, komentator ada beritahu yang D.LCW mengalami kecederaan tangan dan bahunya. Dari pengamatan aku semasa separuh akhir semalam, memang DLCW main agak berhati-hati atau dalam erti kata lain play safe. Cara dia main memang lain lah dari DLCW yang sebenar. Agak lesu dan tidak bersemangat seperti selalu. Tapi syukur Alhamdulillah dia masih berjaya untuk menumpaskan Lee Hyun Il dari Korea.

Akhirnya, pada malam ini beliau tetap turun membawa nama Malaysia sebagai salah seorang peserta perseorangan lelaki di peringkat akhir bertemu dengan seteru utamanya, Lin Dan. Di awal babak kemunculan beliau masuk ke dalam gelanggang pun dah nampak muka beliau agak lesu. Terdetik di hati, agaknya betul la tu desas desus mengatakan dia cedera. Sewaktu warming up beliau masih menggunakan baju Malaysia, so tak nampak sangat lah kecederaan beliau. Once dia bukak baju sejuk dia, then nampak kat bahu dah bertampal bagai.. urff…. Hati mula sedih.. betullah kot dia cedera. Its’ ok…

Bermula babak pertama, permainan kedua-dua pemain nampak tidak seperti dijangkakan terutamanya DLCW.  Tampak beliau sedang menahan kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya. Lihat, beberapa kali beliau memanggil ahli perubatan untuk member rawatan kepadanya. Tetapi, apa yang membanggakan, beliau tetap memberikan saingan kepada Lin Dan walaupun kalah di set pertama dengan kiraan mata (LCW)19-21(LD) …

Sebaik babak kedua bermula, kecederaan yang dialaminya semakin membelenggu di mana beliau akhirnya, terpaksa menamatkan permainan sewaktu kiraan mata pada masa itu adalah (LCW) 2 – (6 (LD). Rasanya Lin Dan agak terkejut jugak dengan keputusan yang diambil DLCW untuk menghentikan permainan dan memberi kemenangan percuma kepada Lin Dan.

Masa tu, serius aku sedih tengok DLCW yang nampak begitu sedih dengan keputusan yang diambilnya. Tapi, aku rasa keputusan yang dilakukannya memang tepat untuk mengelakkan kecederaan yang dialaminya menjadi semakin teruk. Kesian pula aku tengok LCW langsung tidak memandang kearah Piala kemenangan. Aku tahu beliau mesti rasa terkilan kerana tidak Berjaya untuk merangkulnya buat kali ketiga. Jikalau beliau tidak cedera,
AKU YAKIN 100% DLCW AKAN MENANG MALAM INI.

Apa yang amat dibanggakan dengan hero kita ni adalah, Walaupun kecederaan membelenggu beliau, beliau tetap berusaha juga untuk member saingan kepada seteru utamanya dengan melepaskan smash2 yang tajam walaupun apa yang kelihatan pada malam ni 100% lain dari rentak permainan beliau sebenar.

Walau apa pun yang terjadi, aku tetap percaya dengan kemampuan DLCW.  Semoga Dato cepat sembuh dan melakukan kemunculan kembali semasa Olimpik nanti.
Doa kami, rakyat Malaysia untuk Dato… Semoga dipermudahkan segalanya...

Selamanya… Selamanya… Selamanyaaa Sokong DLCW.

P/s: Jelas terpancar riak ketidakpuashatian Lin Dan apabila memenangi kejohanan All England dengan percuma… hehehe… mesti malu la tu kan menang macam tu… Hello LD,You’ve done it before… Now you can feel it how their feeling while you decide to forfeit the match with a nonsense excuse… Show some sportsmanship lah. even if you injured. Ni tak injured pun buat-buat injured. hahaha

Whatever happen, I still give my 200% trust to DLCW that he’s the best!!! All the Best Dato’ LCW…

No comments: