Islamic Widget

Latest Update

06 February 2012

Harimau Muda Vs Bahrain!!!

Bahrain(2)-Malaysia(1)


Secara jujurnya... Aku dah tunggu game ni sejak dari tahun lepas... Siap buat reminder lagi... Dari aksi yang ditunjukkan pada perlawanan terakhir menentang Bahrain aku yakin kot team Harimau Muda ni boleh menang dengan bergaya untuk game 5 Februari ni...

TETAPI....
Apa yang berlaku sebaliknya...
Kesebelasan Utama yang diturunkan,
Khairul Fahmi (GK)(C),Muslim Ahmad, Amer Saidin, Zubir Azmi dan Mahali Jasuli untuk defend, manakala Wan Zack Haikal, K Gurusamy, Irfan Fazail dan Wan Zaharulnizam diletakkan sebagi midfielder dan Shakir Ali digandingkan bersama(yang tak berapa ganding) dengan Fakri Saarani sebagai Striker.

Saat wisel dibunyikan jer.. sampailah minit ke 40..aku dapat rasakan macam HM diayam-ayamkan jer... Passing tak jadi, Hilang bola, segalanya serba tak kena dengan segala pergerakan mereka seperti dirantai pemain Bahrain sehinggalah tercetusnya gol pendahuluan daripada Bahrain pada minit ke 26±. Masa tu aku relax lagi sebab permainan baru bermula... banyak masa lagi... 

Di akhir-akhir perlawanan babak separuh masa pertama, HM menunjukkan sedikit peningkatan. Mungkin disebabkan pergerakan-pergerakan bijak Nazmi Faiz yang dimasukkan menggantikan K. Gurusamy. Separuh masa pertama juga menyaksikan kurang sengat daripada Mahali Jasuli, defend pown out sikit... Tambah lagi player Malaysia banyak tergelincir... Fuhh!!! Pelik gak, tengok Bahrain relax jer main, xde pown yang jatuh-jatuh.. Ke kasut diowang ni perlu ditukar??? Hhehehe

Bermula masa kedua, Pemain HM mula garang mengatur pergerakan. Tapi dapat dilihat agak sukar untuk mereka memasuki kawasan Penalti... Kelebihan Wan Zack Haikal jugak terserlah dengan gelecekan beliau yang awesome!!! Mahali Jasuli jugak sudah kembali garang dan kekuatan di bahagian midfield telah mengurangkan tekanan di bahagian kawasan penalti HM sendiri. 

Kehadiran gary Steven Robart jugak menampakkan sinar apabila beliau seringkali mematahkan serangan yang datang daripada Bahrain. Secara jujurnya aku baru 1st time tengok Gary Steven Robart ni main... dan aku rasa dia pemain yang baik... mantap untuk digandingkan bersama dengan irfan Fazail dan Nazmi Faiz. Kehadiran Shakir Ali sebagai top striker jugak menampakkan sedikit perubahan di jentera serangan... Cuma beliau tidak dapat menyudahkan hantaran-hantaran cantik dari rakan sepasukan terutamanya tendangan silang Wan Zack Haikal dan Mahali Jasuli. Percubaan jarak jauh dari Irfan Fazail juga satu tindakan yang bijak since kawasan penalti Bahrain memang sukar untuk dibolosi.

Pada minit-minit akhir, Anak kelahiran Labuan, Ahmad Hazwan Bakri dimasukkan menggantikan Shakir Ali sebagai striker. Alhamdulillah kemasukan beliau memberikan sedikit sinar kepada pasukan Malaysia setelah hantaran silang daripada Wan Zack Haikal dapat disempurnakan dengan selamba... Tahniah Kepada Ahmad Hazwan.

Tapi tulah, kelekaan pemain-pemain kita di dalam keghairahan untuk mencari gol kemenangan akhirnya musnah apabila serangan pantas dilakukan oleh Pemain Bahrain yang akhirnya menjaringkan gol kemenangan...

Fuh!!! Serius!!! Semasa gol kedua dijaringkan.. serius aku rasa nak tutup TV jek.. Tapi since aku still percaya dan berharap dengan HM. Aku tabahkan hati untuk tengok gak game ni sampai habis.. Untung ada miracle... Gol penyamaan dapat dilakukan...Mungkin jer.. angan-angan di pagi hari.. haha...

Dan akhirnya, Malaysia tewas di tangan Bahrain menyaksikan Malaysia berada di tempat yang tercorot pada peringkat kumpulan.. seterusnya melenyapkan impian Malaysia sendiri yang memang sudah lenyap untuk layak ke Olimpik London 2012.

Apa-apa pun kredit harus diberikan juga kepada Skuad bimbingan Ong Kim Swee di atas kesungguhan mereka untuk bangkit pada babak separuh masa kedua. Sesungguhnya Bola Itu Bulat... Gol tetap Gol.. Mis Q tetap Mis Q...

Wishlist aku untuk 1st eleven menentang Jepun pada 22hb Februari di SNBJ nanti:

Khairul Fahmi (GK)
Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Zubir Azmi (Defend)
Fandi Othman @ Wan Zaharul Nizam, Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail(Midfielder)
Ahmad Hazwan Bakri & Shakir Ali...

Sure mantap.... Ebrharap Skuad Ong Kim Swee akan terus beraksi dengan baik...
Kalah atau menang.. Selamanya...... Harimau Malaya!!!!=)
Sekian.. Wassalam..

p/s: Kecewa Fandi Othman x men... sob sob...