Islamic Widget

Latest Update

12 March 2012

All England 2012

Lee Chong Wei vs Lin Dan
1st Set: LCW(19)-LD(21)
2nd Set: LCW tarik diri akibat kecederaan apabila Lin Dan mengatasi 6-2

Sejujurnya, Match 2 orang hero dalam badminton ni sememangnya dinantikan oleh semua peminat badminton seluruh dunia terutama dari Malaysia dan China termasuklah Aku… hehee.. Dengan semangat kesukanan yang tinggi… Aku pun tunggulah sampai pukul 12++ malam…

Sebelum perlawanan dimulakan, komentator ada beritahu yang D.LCW mengalami kecederaan tangan dan bahunya. Dari pengamatan aku semasa separuh akhir semalam, memang DLCW main agak berhati-hati atau dalam erti kata lain play safe. Cara dia main memang lain lah dari DLCW yang sebenar. Agak lesu dan tidak bersemangat seperti selalu. Tapi syukur Alhamdulillah dia masih berjaya untuk menumpaskan Lee Hyun Il dari Korea.

Akhirnya, pada malam ini beliau tetap turun membawa nama Malaysia sebagai salah seorang peserta perseorangan lelaki di peringkat akhir bertemu dengan seteru utamanya, Lin Dan. Di awal babak kemunculan beliau masuk ke dalam gelanggang pun dah nampak muka beliau agak lesu. Terdetik di hati, agaknya betul la tu desas desus mengatakan dia cedera. Sewaktu warming up beliau masih menggunakan baju Malaysia, so tak nampak sangat lah kecederaan beliau. Once dia bukak baju sejuk dia, then nampak kat bahu dah bertampal bagai.. urff…. Hati mula sedih.. betullah kot dia cedera. Its’ ok…

Bermula babak pertama, permainan kedua-dua pemain nampak tidak seperti dijangkakan terutamanya DLCW.  Tampak beliau sedang menahan kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya. Lihat, beberapa kali beliau memanggil ahli perubatan untuk member rawatan kepadanya. Tetapi, apa yang membanggakan, beliau tetap memberikan saingan kepada Lin Dan walaupun kalah di set pertama dengan kiraan mata (LCW)19-21(LD) …

Sebaik babak kedua bermula, kecederaan yang dialaminya semakin membelenggu di mana beliau akhirnya, terpaksa menamatkan permainan sewaktu kiraan mata pada masa itu adalah (LCW) 2 – (6 (LD). Rasanya Lin Dan agak terkejut jugak dengan keputusan yang diambil DLCW untuk menghentikan permainan dan memberi kemenangan percuma kepada Lin Dan.

Masa tu, serius aku sedih tengok DLCW yang nampak begitu sedih dengan keputusan yang diambilnya. Tapi, aku rasa keputusan yang dilakukannya memang tepat untuk mengelakkan kecederaan yang dialaminya menjadi semakin teruk. Kesian pula aku tengok LCW langsung tidak memandang kearah Piala kemenangan. Aku tahu beliau mesti rasa terkilan kerana tidak Berjaya untuk merangkulnya buat kali ketiga. Jikalau beliau tidak cedera,
AKU YAKIN 100% DLCW AKAN MENANG MALAM INI.

Apa yang amat dibanggakan dengan hero kita ni adalah, Walaupun kecederaan membelenggu beliau, beliau tetap berusaha juga untuk member saingan kepada seteru utamanya dengan melepaskan smash2 yang tajam walaupun apa yang kelihatan pada malam ni 100% lain dari rentak permainan beliau sebenar.

Walau apa pun yang terjadi, aku tetap percaya dengan kemampuan DLCW.  Semoga Dato cepat sembuh dan melakukan kemunculan kembali semasa Olimpik nanti.
Doa kami, rakyat Malaysia untuk Dato… Semoga dipermudahkan segalanya...

Selamanya… Selamanya… Selamanyaaa Sokong DLCW.

P/s: Jelas terpancar riak ketidakpuashatian Lin Dan apabila memenangi kejohanan All England dengan percuma… hehehe… mesti malu la tu kan menang macam tu… Hello LD,You’ve done it before… Now you can feel it how their feeling while you decide to forfeit the match with a nonsense excuse… Show some sportsmanship lah. even if you injured. Ni tak injured pun buat-buat injured. hahaha

Whatever happen, I still give my 200% trust to DLCW that he’s the best!!! All the Best Dato’ LCW…

06 February 2012

Harimau Muda Vs Bahrain!!!

Bahrain(2)-Malaysia(1)


Secara jujurnya... Aku dah tunggu game ni sejak dari tahun lepas... Siap buat reminder lagi... Dari aksi yang ditunjukkan pada perlawanan terakhir menentang Bahrain aku yakin kot team Harimau Muda ni boleh menang dengan bergaya untuk game 5 Februari ni...

TETAPI....
Apa yang berlaku sebaliknya...
Kesebelasan Utama yang diturunkan,
Khairul Fahmi (GK)(C),Muslim Ahmad, Amer Saidin, Zubir Azmi dan Mahali Jasuli untuk defend, manakala Wan Zack Haikal, K Gurusamy, Irfan Fazail dan Wan Zaharulnizam diletakkan sebagi midfielder dan Shakir Ali digandingkan bersama(yang tak berapa ganding) dengan Fakri Saarani sebagai Striker.

Saat wisel dibunyikan jer.. sampailah minit ke 40..aku dapat rasakan macam HM diayam-ayamkan jer... Passing tak jadi, Hilang bola, segalanya serba tak kena dengan segala pergerakan mereka seperti dirantai pemain Bahrain sehinggalah tercetusnya gol pendahuluan daripada Bahrain pada minit ke 26±. Masa tu aku relax lagi sebab permainan baru bermula... banyak masa lagi... 

Di akhir-akhir perlawanan babak separuh masa pertama, HM menunjukkan sedikit peningkatan. Mungkin disebabkan pergerakan-pergerakan bijak Nazmi Faiz yang dimasukkan menggantikan K. Gurusamy. Separuh masa pertama juga menyaksikan kurang sengat daripada Mahali Jasuli, defend pown out sikit... Tambah lagi player Malaysia banyak tergelincir... Fuhh!!! Pelik gak, tengok Bahrain relax jer main, xde pown yang jatuh-jatuh.. Ke kasut diowang ni perlu ditukar??? Hhehehe

Bermula masa kedua, Pemain HM mula garang mengatur pergerakan. Tapi dapat dilihat agak sukar untuk mereka memasuki kawasan Penalti... Kelebihan Wan Zack Haikal jugak terserlah dengan gelecekan beliau yang awesome!!! Mahali Jasuli jugak sudah kembali garang dan kekuatan di bahagian midfield telah mengurangkan tekanan di bahagian kawasan penalti HM sendiri. 

Kehadiran gary Steven Robart jugak menampakkan sinar apabila beliau seringkali mematahkan serangan yang datang daripada Bahrain. Secara jujurnya aku baru 1st time tengok Gary Steven Robart ni main... dan aku rasa dia pemain yang baik... mantap untuk digandingkan bersama dengan irfan Fazail dan Nazmi Faiz. Kehadiran Shakir Ali sebagai top striker jugak menampakkan sedikit perubahan di jentera serangan... Cuma beliau tidak dapat menyudahkan hantaran-hantaran cantik dari rakan sepasukan terutamanya tendangan silang Wan Zack Haikal dan Mahali Jasuli. Percubaan jarak jauh dari Irfan Fazail juga satu tindakan yang bijak since kawasan penalti Bahrain memang sukar untuk dibolosi.

Pada minit-minit akhir, Anak kelahiran Labuan, Ahmad Hazwan Bakri dimasukkan menggantikan Shakir Ali sebagai striker. Alhamdulillah kemasukan beliau memberikan sedikit sinar kepada pasukan Malaysia setelah hantaran silang daripada Wan Zack Haikal dapat disempurnakan dengan selamba... Tahniah Kepada Ahmad Hazwan.

Tapi tulah, kelekaan pemain-pemain kita di dalam keghairahan untuk mencari gol kemenangan akhirnya musnah apabila serangan pantas dilakukan oleh Pemain Bahrain yang akhirnya menjaringkan gol kemenangan...

Fuh!!! Serius!!! Semasa gol kedua dijaringkan.. serius aku rasa nak tutup TV jek.. Tapi since aku still percaya dan berharap dengan HM. Aku tabahkan hati untuk tengok gak game ni sampai habis.. Untung ada miracle... Gol penyamaan dapat dilakukan...Mungkin jer.. angan-angan di pagi hari.. haha...

Dan akhirnya, Malaysia tewas di tangan Bahrain menyaksikan Malaysia berada di tempat yang tercorot pada peringkat kumpulan.. seterusnya melenyapkan impian Malaysia sendiri yang memang sudah lenyap untuk layak ke Olimpik London 2012.

Apa-apa pun kredit harus diberikan juga kepada Skuad bimbingan Ong Kim Swee di atas kesungguhan mereka untuk bangkit pada babak separuh masa kedua. Sesungguhnya Bola Itu Bulat... Gol tetap Gol.. Mis Q tetap Mis Q...

Wishlist aku untuk 1st eleven menentang Jepun pada 22hb Februari di SNBJ nanti:

Khairul Fahmi (GK)
Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Zubir Azmi (Defend)
Fandi Othman @ Wan Zaharul Nizam, Nazmi Faiz, Wan Zack Haikal, Irfan Fazail(Midfielder)
Ahmad Hazwan Bakri & Shakir Ali...

Sure mantap.... Ebrharap Skuad Ong Kim Swee akan terus beraksi dengan baik...
Kalah atau menang.. Selamanya...... Harimau Malaya!!!!=)
Sekian.. Wassalam..

p/s: Kecewa Fandi Othman x men... sob sob...

09 January 2012

Review~ombak rindu~


 Assalamualaikum...=)
Weehuu...
Kali ini aku nak review sikit pasal citer OMBAK RINDU ni... hehehe...

Novel Ombak Rindu(Ihsan Pokcik Google!)
Seingat aku... Aku baca novel Ombak Rindu ni tahun 2004. Masa tu aku Form 4 & novel ni aku pinjam from one of my bestfriend Rina. Honestly, novel ni one of My Favourite Novel masa tu... Dengan watak Izzah pempuan yang Naif sangat dijual pakcik die kat club pastu Hariz beli die... typical citer malay... lepas tu Hariz suka kat Izzah... But sampai satu masa dia tau dia ni anak angkat datuk sufiah jer... Konflik dengan keluarga kandung dia pulak... pastu dengan adik dia@ anak sebenar Datuk sufiah yang ppuan(dah lupa nama)... tak lupa juga Kat Mila... perempuan yang sangat sayang kat Hariz ni... Sampai ending cerita ni kire best la sebab Hariz akhirnya bersama dengan Izzah...

sekuel cerita ombak rindu(ihsan nenek google)
Gambar kat atas ni lak novel sekuel Ombak Rindu... 2 novel selepas Ombak Rindu ni aku ada.. tapi biasa la.. Bila cerita dah terlalu panjang..meleret... aku rasa macam bosan lak baca 2 citer selepas ombak rindu..hehe tapi kira OK la.... Kite bagi Good Job jugaklah kat Penulis Fauziah Ashari ni...=) Idea die ni memang Best!!!
 

Ok gambar ni pulak Poster Filem Ombak Rindu yang ditayangkan awal Disember tahun lepas... rasanya berita pasal Novel Ombak Rindu akan difilemkan ni dah lama dengar since awal tahun lepas lagi... Since sorang kawan aku ni setia menunggu keluar citer ni dari awal tahun lagi...=) 

Oklah...
v SEBELUM
My 1st expectation SEBELUM tengok filem ni adalah;
  • *    citer ni akan jadi box office... dan
  • *    aku akan menangis tengok cerita ni since aktor dan aktress yang dipilih Awesome!!! Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae... Superb!!!
  • *    Dandan lagi Aaron Aziz hensem dan sesuai untuk watak Hariz... hahahahaha


TAPI, since aku dah balik kampung... aku just niat nak tengok filem ni kat You Tube tak pun beli dvd once release...
Tapi nasib memang nak aku tengok cerita ni kat panggung kot.. AKu g tengok dengan akak aku kat 1Borneo 1st week citer ni keluar... Fuh!!! Serious rasa best sangat dapat tengok citer ni... Rasa macam nak lompat-lompat tapi dalam hati jer la.. hahaha..ok FOCUS!!!! tengok.... 

SELEPAS.....

Ok! Selepas tengok Filem Ombak Rindu...
*    Keluar-keluar jak rasa macam kosong... hahahaha
*    Muka Senyum memanjang(terngiang-ngiang muka Aaron Aziz)...BUKAN sebab puas hati.. Hehehe
*    Muka kering jer..Tak basah dengan Air mAta...
*    Overall aku bagi 3/5 bintang jer... Sebab... Sebab... Sebab kenapa tidak 5 bintang...
SEBAB...
*    Bagi aku cerita ni tidak sesuai untuk difilemkan..
*    Cerita ni start-start jek, dah lari dari cerita novel.. dengan persekitaran Izzah... rasa macam tak best... 
*    LEpas tu pulak, Cerita ni plot dia sangat cepat....
v Dari starting yang terlalu cepat... dari izzah kat kampung, g club, Hariz beli, hantar g rumah dia kat tepi laut tu... pastu kawen kat thailand....
v Kemudian cerita ni berkembang dengan konflik bila Mila @Lisa Surihani balik dari oversea... dia tetap nak kawen dengan Hariz.  Masa ni lah, izzah start keje dekat syarikat Sufiah Cemerlang... Lepas tu nak tak nak Hariz terpaksa kawen dengan Mila...
v Klimaks die pulak, bila izzah dan Mila ternampak Hariz dok peluk member pompuan dia kat office... then yang sweetnye Hariz g kejar Izzah... Tapi Malang tak berbau Hariz eksiden. Kat sana dah start la penderitaan izzah... tapi rasa tak thrill sangat...
v Ending die pulak.... Mila leh pulak having a nice conversation ngan Izzah untuk lepaskan Hariz kat Izzah... Kire Happy Ending la jugak citer ni.
TAPI  aku ada Reason yang baik untuk tengok citer ni berkali-kali... Sebab...Sebab....
*    Hero dia Aaron Aziz + Heroin dia Maya Karin.. Superb!!!
*    Scene filem ni serious best... Siapa tahu tempat tu kat mane?? Nak pegi sana bole???=) Tempat die berbukit... sangat hijau... rasa macam aman giler kat sane!!! Pastu scene batu-batu kat tepi pantai ti sweet dowh... Pastu scene last sekali.. izzah kat atas kapal layar dengan Hariz.. OMG!! So sweet... hehehe

TAPI tu ar.. Aku tak taula sama ada aku ni hati batu, hati kering, takde perasaan, or ape coz aku rase Novel die lagi superb rather than Filem... Rasa cam sayang sangatla die difilemkan.. if didramakan sure I am the great follower to this drama... hehehe So sesiapa yang nangis tengok cerita ni... Aku senyum jerla.. hehehe sebab aku tak rasa nak nangis pown... Paling-paling pown part aku sedih sikit part selepas Hariz eksiden.. tapi tu pown kejap jer... hehe
TAPI usaha pengarah ni nak memfilemkan novel ni satu usaha yang baik.

I’m waiting for AWAK SUKA SAYA TAK by Melur Jelita to be filmed....=)


07 January 2012

Suatu Saat Nanti

·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ Ʒ> SUATU SAAT NANTI < Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·

Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, 
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu. 
Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, 
usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku. 
Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, 
usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.

Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, 
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu. 
Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, 
ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku. 
Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, 
aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.
☻♥☻
/█\/█\
Cuma pesanku, .||. ||. 
andai suatu saat engkau memerlukan aku 
dan aku tiada untuk membantumu 
usahlah kau rayu aku....... 
Bukan kerana aku membenci dirimu 
tapi kerrana aku takut aku akan menyakiti hatimu....♥

·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ Ʒ> LIKE & SHARE DRAMA BICARA HATI < Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·

03 January 2012

2011 in memory!!!

Assalamualaikum....

Berlalu la sudah tahun 2011 yang penuh dengan pelbagai kisah suka dan duka dalam hidupku.. Alhamdulillah, saat ini aku masih bisa bernafas. Syukur Alhamdulillah Ya Allah...=)

Memulakan kehidupan di tahun 2011 dengan kesibukan ku bergelar Mahasiswa di tahun akhir. Hee... Rasanya pengalaman menjadi mahasiswa di tahun akhir ni akan menjadi salah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan... walaupun pahit untuk diteruskan tapi sangat indah untuk dikenang... hehe.. seriously semasa belajar di universiti lah yang banyak mengajar aku erti study hard... hahaha.. paling hebat tak tidur 24 jam... aduh!!!! Penat tu memang belakang kira la.. belum lagi dengan ke tensionan aku dengan perkara-perkara sampingan... 

Di pertengahan Mei 2011 syukur Alhamdulillah aku berjaya menghabiskan Ijazah Sarjana Muda aku.. walaupun tidak Excellent sangat tapi syukurlah... Mengakhiri hari-hari terakhirku sebagai seorang pelajar dengan Farewell Dinner BENT... Heee gonna miss this memory... Love! Ngod3 Especially...

Berakhirnya hidup aku sebagai seorang pelajar dan bermulalah hidup sebagai seorang penganggur terhormat... Saat ini konflik dalaman masih menguasai diri... Terus berada di bidang yang aku pilih sebelum ini atau beralih ke bidang yang tersangat aku suka, my heart my soul tetapi harus memulakan segalanya dari mula... Wallahualam... Kita sambung cerita ini di tahun 2012( Dragon Year... I have to act like dragon to my heart and Future!!!)

Selain daripada itu, kawan aku Achie gak telah melangsungkan majlis pertunangan.. Aku doakan semoga jodoh mereka kuat sehingga Akhir Hayat.


Kelurga ku
Raya tahun ni jugak seperti biasa.. The best thing adalah bila kami sekeluarga dapat berkumpul... Hee Bukan lah keluarga besar tapi best bila dapat berkumpul sama=)

“Ya Allah, Aku memohon kepadaMu agar memberikan nikmat kesihatan, iman dan islam kepada seluruh ahli keluargaku agar Kami sentiasa berpegang kepada TaliMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...” Amin Ya rAbbal ‘Alamin.

Family aku belah mama
Raya melabuhkan tirai... Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba... Hari itu adalah Hari Konvokesyen Aku!!!!... Alhamdulillah... dengan nikmat kesihatan yang telah diberikan, syukur.. Bapa aku dapat juga menghadirkan diri di Majlis Konvokesyen aku.. Terima Kasih Bapa.. Terima Kasih Mama... I Love both of them!.. Tidak lupa juga buat Kak Miza sekeluarga...=) Tq so much Kak Miza... Jasamu Dikenang...=) Serious best!! Dapat jumpa my Ngod2...=) Heeee Love them jugak=) All of my Ngod2 looks more gorgeous bebeh!!!

With my Parents

My Ngod3 + Kak Lin (tiada dalam gambar..BEll)

A months after... Aku kembali ke bumi semenanjung sekali lagi untuk meraikan majlis perkahwinan sahabatku Sheril Amilia dengan suaminya Aizuddin=).. Heee Serious happy tengok diowang kawen.. Awesome bebeh! Both of them damn gorgeous bebeh!!!=)  Wish both of u happily ever after..Eternally....


Gamba pengantin xdo.. ni dayang2 die aje=)

The moment they sent me to the LCCT.. urffff... Sedihnyaa... This song keep playing in my head...
I’m leaving on the jet plane.
I dont know when I’ll be back again.
Oh Babe! I have to go!!!
Hope we will unite again.. One Fine Day!...
I’ll miss u My Ngod3...
I am praying for all your happiness my friends either ngod2 or my GSNB...

        Fuhh!!!! It’s been a tough time for me through the past year... I’m Wishing for a better life for another year...

GOOD BYE 2011!!! 
WELCOME HOME 2012!!!