Islamic Widget

Latest Update

22 November 2011

K.I.T.A

Takdir tuhan menemukan K.I.T.A...
Yang sudah tertulis di dalam loh mahfuz...
Aku, kau, kamu dan dia punya banyak perbezaan...
Ibaratnya aku api, kau tanah, dia angin  dan kamu air...
Hanya K.I.T.A....

Allah ilhamkan air untuk menutup amarah sang api...
Allah berikan angin agar aku selalu damai disisinya..
Dan Allah ciptakan tanah agar aku sentiasa ingat tempat ku berpijak...

Mengharungi segala suka dan duka...
Berkongsi senyum dan tawa....
Berkorban masa dan ketika....
Bertekak salah dan benar...
Bercerita segala yang indah...
Hanya K.I.T.A

 Terasa belum puas untuk semuanya...
Tapi... Aku sedar...
Perjalanan hidup kita masih terlalu jauh...
Masa memisahkan kita,
Masa mendewasakan kita,
Masa AKAN merubah segalanya...

Dari seorang  pucuk dewasa...
Kelak menjadi dewasa yang cukup rencahnya...
Dari seorang yang banyak tingkahnya...
Kelak menjadi orang yang terjaga akhlaknya...
Dari seorang yang penuh dengan angannya...
Kelak termakbul segala yang diangankan...
Hanya K.I.T.A ...

Jauh... Bukanlah titik sebuah persahabatan...
Jarang... Bukanlah bermaksud lupa erti sahabat...
Janggal... Istilah yang harus dibuang dalam suatu ikatan persahabatan...

Semoga...
Jarak yang memisahkan kita...
Bukan penghalang untuk berutus khabar ...
Bukan penyebab untuk menciptakan jurang di dalam sebuah persahabatan yang suci...

Aku, kau, kamu dan dia...
Sahabat selamanya...
Hanya K.I.T.A...
Kerana. Ini. Takdir. Allah (K.I.T.A)
Untuk  Aku, Kau, Dia dan Kamu....
Selamanya.

AY111103 <3



01 November 2011

Majlis Ilmu

Assalamu’alaikum!!!=)
Heee... Semalam..Bertarikh 31 Oktober 2011 aku telah menghadiri satu Forum Perdana Ehwal Islam yang membincangkan tajuk “Konsep Pengorbanan Menurut Pandangan Islam”.
Heee.. Alhamdulillah.. setelah sekian lama tak menghadiri program2 ilmu, akhirnya diberi ruang dan peluang untuk hadir ke majlis2 ilmu macam ni=)... heeee syukur2...
Forum ni mungkin diadakan sempena dengan kehadiran hari raya korban yang jatuh pada 6 November 2011... Panel yang datang semalam terdiri daripada
i.                     Ustaz Harun (pengerusi forum) –ustaz ni khabarnya seringkali menjadi penceramah jemputan semasa majlis maal hijrah peringkat daerah Tenom. (tapi.. aku baru 1st time jumpa... nampak sangat aku jarang join benda-benda macam ni...sebab..aku masih di melaka..kalau x.. aku rajin juga join..heeee)
ii.                   Ustaz Syahrin Md Jamaluddin(panel 1) – haa... ustaz ni.. siapa pernah nonton Forum Perdana di RTM1.. konfem kenal... Ustaz ni agak familiar... Seriously... cara dia menyampaikan ceramah semalam memang agak sempoi... tapi maksud dia jelas dan nyata.

Ustaz Syahrin (SUMBER:Uncle Google)

iii.                 Ustaz Abdul Kahar(Panel ke-2)- Ustaz ni dari salah sebuah sektor agama negeri juga. Mostly topik yang dibahaskan semalam more on parenting=) heee sebab dia pun sudah bercucu so dia lebih banyak memberi hujah mengenai orang-orang yang terdekat @ dalam konteks institusi keluarga...
iv.                  Ustaz Nazrey Johani(Panel ke -3@terakhir) – Yang ni, lagi femes... Nazrey Johani-ex kumpulan raihan.. Sudah berkecimpung lama dengan dunia hiburan nasyid, menyampaikan dakwah melalui lagu yang disampaikan sehingga ke luar negara.. Namun, beliau tekad untuk meninggalkan dunia seni kerana apabila beliau kembali ke hometown beliau di ranau.. Beliau terpanggil untuk memberi dakwah di kampung halaman beliau sendiri. (p/s: aku sangat tersentuh dengan persembahan beliau di akhir majlis..Diiringin dengan doa... sangat lah meruntun hati.. I AM VERY TOUCH!!!!)

Antara input-input yang aku perolehi semalam..adalah lebih kurang maksud dia seperti berikut.

i.                     Ustaz Syahrin
-   Beliau berpesan, sesiapa yang berada dalam keadaan gelisah atau jiwa tidak tenang... Baca surah Al Insyirah. InsyaAllah akan tenang jiwanya..

Surah Al Insyirah(dari pakcik google)

-   Beliau juga berpesan, Jika kita terpaksa membuat pengorbanan jangan takut dan risau kerana pengorbanan adalah sirah dan fitrah dalam kehidupan.
-   Untuk berjaya dalam melakukan sesuatu pengorbanan... yang penting sekali adalah USAHA, seterusnya diikuti oleh DOA dan diakhiri dengan TAWAKKAL. Berusahalah dengan gigih, Berdoa lah dengan tawadduk dan Bertawakkallah kepada Allah yang maha Esa kerana sesungguhnya dialah yang memberi rezeki kepada semua hambaNya... Wallahualam.
-   Beliau juga berkongsi sebuah cerita yang agak santai...(kisah ini diceritakan secara tak tersusun.dan Aku mengolah kepada sebuah cerita yang lebih tersusun..heee walaupun ayat tak 100% sama maksud yang ingin disampaikan adalah sama dengan apa yang ustaz syahrin sampaikan) =)

Ada seorang lelaki yang bergelar  suami... sudah beristeri.. Suatu hari si isteri bertanya;
“Hari ni khutbah pasal apa bang?”
“Khutbah? Entahlah..tadi abang tertido kat masjid..Ngantuk sangat yang..semalam berjaga nak qiamullail(tgk MU lwn Mcity then terus buat qiamullail... )”
Si isteri: “MasyaAllah”... geleng kepala...
Cerita bermula pabila si suami menjadi seorang ayah dan tengah runsing memikirkan keadaan anaknya yang baru dilahirkan yang asyik berjaga di tengah malam dan menangis tak henti-henti. Pergi hospital sudah, Semua klinik dah pergi, rawatan tradisional dah buat tapi tetap tak dapat merawat penyakit anaknya. Hinggalah beliau terjumpa seorang hamba manusia yang menyarankan kepada beliau agar berjumpa dengan tok imam. Kemudian, si suami pergilah berjumpa dengan tok imam yang agak dikenali di kawasan rumahnya...
“Assalamu’alaikum tok imam”
“waalaikumussalam..ha ada apa datang rumah malam-malam ni?”
“Macam ni tok imam, saya datang ni nak minta tolong dengan tok imam. Tolong rawat anak saya ni, asyik nangis jer kerjanya.. dah tu tengah-tengah malam pulak... tak lena tido tok imam”
“Owh yeke? Tapi saya pun tak reti la nak ubat benda-benda macam ni.”
“Alah... tolong la tok imam... tak kan tak ada cara lain kot”
Tok Imam mengaru-garu kepalanya...Lantas beliau berlalu ke biliknya dan mengambil sebuah buku catitan dan diberikan kepada Si pemuda tersebut.
“Nah! Yang ini mungkin boleh membantu saudara.”
Si pemuda tersebut lantas mengambil buku yang tertulis di hadapannya. “KHUTBAH JUMAAT”
“Eh! Apa kena mengena buku ni dengan penyakit anak saya tok?”
“Haa... kan kamu kata anak kamu tak dapat tido malam.. Awak bacalah buku khutbah ni...habiskan semuanya.. mesti anak awak tido nyenyak..”
“Haaa????” Si pemuda tersebut bingung...
“Tak adalah... setiap minggu tiap kali saya bagi khutbah jumaat... banyak jer umat manusia tertido kat dalam masjid.. agaknya khutbah jumaat ni memang buat orang tido kot”... sambung tok imam sambil tersenyum...
TOINK!
‘Kena sebijik kat aku’ desis si pemuda... hehehehe

Pengorbanan yang dimaksudkan di sini adalah menahan diri daripada tido semasa mendengar khutbah juga merupakan sebuah PENGORBANAN.. kerana... Tido adalah antara nikmat hidup yang paling indah... Heee...
P/s: Tidak akan dikira pahala qiamullail jika seseorang tidak tido sekejap sebelum bangun untuk melakukan qiamullail..
Disini jelas menyatakan bahawa  pengorbanan ada di mana-mana..Cuma terserah kepada kita untuk mengambil peluang dan memanfaatkannya di dalam kehidupan kita=)

ii.                     Ustaz Abdul Kahar
-   Beliau banyak berpesan kepada muda mudi yang hadir di dalam forum ini tentang tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapanya dan beliau juga berpesan kepada ibu bapa tentang tanggungjawab untuk mencorakkan kehidupan anak-anak.
-   Antara kata-kata beliau yang paling aku ingat...
o   Tiada apa yang membuatkan kedua ibu bapa gembira melainkan melihat kejayaan anak-anaknya. Sesungguhnya kejayaan ibu bapa terletak kepada kejayaan anak-anaknya dari aspek rohani, material, ilmu dan sebagainya.
o   Wahai Muda mudi ingatlah.. kejayaan anda menggenggam skroll ijazah kamu bukanlah kejayaan kamu NAMUN ia adalah kejayan ibu bapamu yang berjaya mendidik kamu sehingga dapat menggenggam segulung ijazah. Dan kamu, wahai muda mudi.. kejayaan kamu yang sebenar adalah pabila anakmu berjaya dalam hidupnya di kemudian hari...
o   Memetik kata daripada mantan pM kita dahulu... Tun Mahathir Mohamad.
§  “Kita bebas memilih untuk melakukan apa saja di atas muka bumi ini sama ada baik mahupun jahat. TAPI, kita tidak bebas untuk memilih akan akibat yang bakal berlaku kelak.” Pembalasan terhadap sesuatu kebaikan atau kejahatan tetap akan berlaku di dunia mahupun akhirat.

iii.                   Ustaz Nazrey Johani
-   Beliau banyak bercerita tentang kehidupan beliau, pengorbanan beliau terutama di dalam mencari ilmu agama.  Petikan mahfum ayat yang paling aku ingat adalah terjemahan daripada surah Al hujurat(ayat 15);
                "Sesungguhnya orang-orang mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah         dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan berjihad dengan harta dan jiwa mereka demi membela agama Allah.Mereka itulah orang-orang yang benar."

-   The last part yang betul-betul berbekas dalam hati apabila beliau menyanyikan lagu Suara Hidayah dan Doa Taubat. Serious masa ni sangat touch... dan aku rasa para hadirin yang datang haritu pown sempat  mengalirkan air mata terutama ketika beliau melagukan doa taubat dan doa di akhir persembahan beliau.. ustaz syahrin n ustaz harun pown siap lap airmata lagi.. huhuhu

Semoga di lain hari di lain masa aku berpeluang lagi untuk ke Majlis Ilmu seperti  ini... InsyaAllah...

I am Sharing, Cuz Sharing is Caring!!! <3 <3 <3