Islamic Widget

Latest Update

28 October 2011

My Convocation On 22nd October 2011

Alhamdulillah... Wa Syukurillah...
Akhirnya...!!!
 Setelah berhempas pulas selama 4 tahun...
Akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik(Elektronik Telekomunikasi).




Jutaan terima kasih buat semua yang memberi dorongan dan bantuan kepada diriku selama ini..
Terutama kepada kedua ibu dan bapaku...

Me and My Lovely Parents =) <3
Adik beradik aku... Kakak Rafiah, Abang Pyan, Abng Adit, Abang didi, Bibie...

Abang Didi jak yang sempat hadir ke majlis konvokesyen aku..=) its oke=)
Sepupuku yang banyak membantu selama ini.. Dialah yang hantar aku pergi daftar  kat UTeM.. Dia jugak lah yang datang bawak mak & bapak aku pergi konvo aku.. Thank you very much Kak Miza & Abang Faren(her hubby).. Jasamu dikenang kak!!=) Semoga anda sekeluarga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..aminnnnn

Me, My Parents With My Cuzzy
Semasa hari kejadian! Seriously aku terharu sangat2! Entahlah..rasa macam ada satu perasaan yang membuatkan aku mengalirkan air mata... 
bukan sedih tapi....entahlah.. 
apa-apa pun aku bersyukur kerana  diberi peluang untuk berkongsi kejayaanku dengan kedua ibu bapaku... 
Sesungguhnya kehadiran mereka merupakan satu detik2 indah dalam hidupku... 
Walaupun pada awalnya, bapa aku hampir tidak dapat turut serta, namun atas kehendak Ilahi, Alhamdulillah, fasa-fasa genting dapat dilalui dan bapaku dapat turut serta menyaksikan aku menerima Ijazah sarjana muda pengajianku... 
Syukur Alhamdulillah Ya Allah...

Tq kerana setia menanti =)

Lepas ni, fasa yang lain pula menungguku... Ku mohon hanyalah doa dan restu dari kedua ibu bapaku, keluargaku dan sahabat yang dikasihi agar mendoakan aku dimurahkan rezeki dan mendapat pekerjaan yang baik...


Kejayaan aku hari ini adalah hasil daripada dorongan semua pihak...

Terima kasih semua... Terima kasih Ya Allah... 

Wassalam



No comments: