Islamic Widget

Latest Update

07 March 2011

HPKB~(5)

Aku menyayangimu...

Benar kata orang,
tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi,
tak semua yang kita angankan akan menjadi kenyataan,
dan tak akan selamanya hidup kita hanya melalui saat-saat indah...

Aku bersyukur,
kerana diberi peluang untuk merasai perasaan itu,
perasaan yang sudah lama aku idamkan,
menyayangi dan disayangi,
dan syukurku padaNya,
kerana dianugerahkan untuk merasainya bersama kamu,
Kamu yang menghiburkan aku dengan kisah hidupmu yang ceria,
kamu yang sering mengingatkan aku tentang erti hidup ini,
kamu yang sentiasa mengingatkan aku bahawa jalan cerita hidup ini tdak semudah yang disangka...


Ini adalah takdir hidupku,
Yang sudah tersurat di Loh Mahfuz,
Aku tak mampu untuk menafikannya waima menolaknya...
Pilihan bukan di tanganku...
Dan aku...
menerima dengan pasrah...


Diamku bukan bererti aku lupa...
Sekadar memperbanyakkan bekalan selagi terdaya,
Satu hari nanti mungkin kau akan mengerti...
Betapa hati ini sangat merinduimu saat itu...
Saat kita berperang dengan perasaan...
Saat kau mencari-cari aku...
dan saat aku menghitung hari-hariku...
dan..
waktu itu...
Alangkah indahnya jika aku diberi pilihan...


Buatmu yang tersayang;
Aku bukan Untukmu...


By;
Hazeef Awsam...
(>,<)

No comments: