Islamic Widget

Latest Update

06 March 2011

~Hanya Padamu Ku Berserah~ (HPKB)


Sinopsis


Hasya Faqihah... Namanya sering bermain di bibir sang arjuna.. Bagi si Arjuna, dialah yang cantik, dialah yang manis, dialah yang cerdik dan dialah yang segala-galanya.. Gadis montel inilah yang sering membuatkan sang Arjuna merintih kerinduan... 

Hasya Faqihah percaya bahawa apa yang dikecapinya kini bukanlah semudah yang disangka. Hanya dia yang mengetahui betapa pedihnya hati bila ditinggalkan sang kekasih yang amat dicintai. Pujuk rayu, kata kata romantis yang sering diluahkan oleh sang kekasih hatinya itu bagai ditiup angin semilir dan perlahan-lahan meninggalkan dirinya terkapai-kapai seorang diri.

Kalaulah dia tahu semudah itu percintaannya berakhir, mati hidup semula dia tidak sanggup untuk bermain dengan cinta. Pedihnya menanggung rindu tiada siapa yang tahu. Namun sebagai makhluk yang diciptakan Allah, dia akur dengan ketentuan Ilahi. 

Perginya cinta sejati, Allah titipkan cinta Abadi buat dirinya. Disebalik segala yang telah berlaku, tidak terlintas di fikiran bahawa kisah lalu merupakan suatu kebetulan yang tidak disangkakan. Kehadiran naskhah-naskhah cinta Hazeef membuatkan dirinya nanar seketika. Pada masa yang sama kehadiran seorang lelaki bernama Adhwan  membuatkan hidupnya haru biru. Persoalan terjebak di mindanya. Dimanakah Hazeef menghilang? dan Siapakah Adhwan yang sering mengganggu tidur malamnya?
Hanya Padamu Ku Berserah... Dia lah yang menentukan segalanya.

No comments: