Islamic Widget

Latest Update

04 January 2011

Selamat Tahun Baru, Happy New Year 2011




Salammmmmm
Alhamdulillah... Sampai jugak kita di tahun baru 2011=)
Phewww...
Rasa macam baru semalam tahun 2010 bermula tapi kini sudah menginjak ke Tahun 2011...
Sungguh cepat masa berlalu...

Sesungguhnya pelbagai kisah suka dan duka di tahun 2010 yang berlaku dalam hidup aku...

Tahun 2010 bermula dengan kisahku sebagai budak praktikal. Aku menjalani praktikal di agensi kerajaan selama 20 minggu bermula dari 30November2009-16 April 2010...Fuhh.. Masuk ke alam pekerjaan agak membosankan kerana sentiasa menjalani rutin yang sama setiap hari...Benarlah senior2 cakap, praktikal di Gov memang bosan...Hehehe... Tapi tu tak bermakna aku curi tulang hoke.... 

“I am a good practical student...”

Buktinya, sudah beberapa orang staff di sana puji aku.. Siap suruh aku apply kerja sana lagi.bole la jadi bos diorang... oh tidakkk...aku maluuuu=) hahaha
kembang kempis jugakla kejap... tapi kejap jak la.. pastu cool down,perjalanan aku masih panjang...ho3

Penat jugak kerja ni.. walaupun hanya 20 minggu dan hanya duduk2, borak2 kosong, buang masa, n pikir apa nak tulis dalam buku log tetap penat lol... 
Terdetik jugak di hati aku tak nak kerja, nak study seumur hidup.
(mood: angan2 kawin dgn orang kaya..bolela aku blaja jer kan..yg ptg tiap2 bulan duit masyukkk hahahahah)

Masa praktikal ni jugakla aku dok usha sorang staff kat sana.. hahahaha... sangatla bengang bila aku ditempatkan kat seksen tu 2 minggu jak.. omaigad...sangat2 la shuke dengan dia... Dari pemerhatian aku, mamat ni simple,humble,solat on time, cakap pun berlapik, merendahkan pandangan mata, dia x hensem tapi peribadi dia memang best la...hohohoho

Masa-masa praktikal aku berlalu dengan smooth saja. Di sini juga 1st time aku menjadi begitu berani, berani berdepan dengan seorang yang kira mempunyai pangkat yang tinggi di agensi kerajaan ni.. Jumpa dia dan bertanya pengalaman dia, bertukar-tukar pendapat, dan alhamdulillah pendapat aku difikirkan... He’s a nyce man i think, the way he spoke really admire me to be like him... kata-kata sangat tersusun dan dia appreciate setiap pendapat yang dia berikan.. Thanx 4 da silent knowledge sir.. will remembering u forever..(Belajar dari setiap yang berlaku di sekelilingku dan mengambil ikhtibar di setiap perbuatanku yang tersalah tingkah atau terkasar bahasa).

Towards the end of practical, aku menerima berita bapa aku x sihat. Dah beberapa hari dia x sihat, sesak nafas n etc. Masa aku diberitahu tu mereka OTW pg KK. Bawa bapa aku pg cek di Specialist hospital(fogot oredy lorh)  dan he admitted for 4 days n 3 nyte... Huhu... Syukurlah dia OK slps tu...=) Tapi.. beberapa minggu selepas tu, Sesak nafas dia datang lagi dan kali ni lebih teruk. Sesak nafas + gout.. hu3. Terpaksa pula admitted di hospital hampir seminggu. Masa tu aku berada di minggu2 akhir praktikal.Mana nak siapkan report yang panjang berjela2. Risau dengan bapa aku..hu3 memang tension jugaklah.. aku paksa habiskan semua report aku. 16hb tu juga aku settlekan semua penghantaran report aku n bla bla bla... Tapi terpaksa tunggu 17hb baru bole balik kampung coz tunggu abang aku balik dr KL kemudian balik sekali gi kampung..
Setibanya kami d kampung, hari da malam. kami(aku +kakak+2 abg aku) pegi hospital.. ziarah bapa aku + ganti my elder sis jaga bapa aku.. hu3.. sedih tengok bapa aku tym tu.. badan dia jadi kurus.... muka dia cengkung... omaigod.. aku sangat sedih tym tu..hu... Selepas keluar dari hospital beberapa hari selepas tu, bapa aku ikhtiar ubat kampung, makan suppleement dan perubatan islam...

Hari demi hari, keadaannya menjadi teruk, walaupun jantung dia beransur pulih, tapi gout yang menyerang di kaki dia memang betul2 buat rasa sakit sampai satu tahap dia sudah tidak dapat berjalan.. Masa tu memang dia sangat frust.. masa ini jugaklah pertama kali aku nampak air mata bapa aku.. huhuhu... ia memang sangat2 sedih.. Sampai pada satu tahap bapa aku hampir berputus asa.. Alhamdulillah, berkat kesabaran dia dan semua orang yang mendoakannya. Alhamdulillah bapa aku sudah semakin pulih dan bertambah sihat sekarang.  Cuma, makanan dia sajalah kena jaga sikit.. Syukur2. I love u My Dad!...

2 Bulan cuti di rumah, aku tak buat apa-apa..Hanya duduk diam di rumah, teman famly main dengan anak2 buah aku... Habiskan masa macam tu saja..
Awal Julai aku kembali ke melaka..Hohoho.. sangatlah berat hati meninggalkan Sabah.. Huhu..  tahun akhir pengajianku bermula... Pelbagai liku2 hidupku datang bertandang. Alhamdulillah, atas izinNya aku dapat mengatasi semua yang berlaku. Aku percaya bahawa apa yang berlaku di dalam hidup ini ada hikmahnya... Allah tidak akan menguji hambanya jika Hambanya itu tidak mampu untuk mengharunginya... Alhamdulillah...

Aku bersyukur di atas segala nikmat yang engkau berikan padaku Ya Allah... Aku bersyukur di atas kurnianmu Ya Allah.. Memberikan aku keluarga yang menyayangiku, memberiku sahabat yang memahamiku, memberiku peluang untuk hidup di muka bumimu yang luas terbentang ini Ya Allah.. Sesungguhnya dariMu aku datang, kepadaMu jua aku kembali..

Harapanku di tahun baru ini agar aku diberi peluang dan diberikan hidayah kepada diriku untuk berubah menjadi seorang yang lebih bermakna untuk diri sendiri dan kepada semuanya.  Aku Sayang Semuanya.... Love Love Love.... 



No comments: