Islamic Widget

Latest Update

17 January 2011

Hari ini....

Salammmm...=)


Fuhh!!! Lamanya tak update blog ni...
Hehehe..  Masa yang terhad @ suntuk (Suntuk ke???) membuatkan diri ini tidak sempat untuk membuat coretan baru, walaupun hakikatnya, tiada siapa pun yang follow blog ni... hehehe
Never mind, blog ni pun hanya untuk suka-suka, sekadar meluahkan perasaan yang tersirat di hati yang kadangkala memang tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata.


Saat diri ini memulakan langkah untuk kembali ke bumi Melaka Bandar BErsejarah, rasa sebak menyelubungi diri ini. Walhal, sudah seringkali pergi dan kembali ke kampung halaman. Namun, perpisahan itu sering menerbitkan rasa kesedihan tanpa dipaksa.


Berada di balai berlepas adalah merupakan saat-saat yang paling tak disukai disebabkan oleh rasa bosan yang melampau. Tidak berteman, berseorangan, sendirian...Itulah yang sering terjadi selama 4 tahun ulang alik dari sabah ke KL... Bukan tidak ada teman seborneo, tapi diri ini lebih selesa untuk bergerak sendirian tanpa perlu menunggu dan ditunggu (Things that I really Hate Waiting!)...

Sebenarnya, being alone adalah saat yang paling disukai, kerana pada masa ini, diri ini bisa menjadi pemerhati tidak bertauliah. Selautan manusia yang ada di balai berlepas sudah tentu mempunyai pelbagai ragam dan sifat. Melihat anak-anak kecil yang berlari ke sini ke sana, anak kecil yang begitu ralit memerhati kapal terbang seolah-olah dia sangat kagum dengan teknologi awan biru itu, tidak kurang juga anak-anak kecil yang menangis rimas dengan situasi disekelilingnya. Begitu naif anak-anak kecil ini.


Semasa berada di balai berlepas, diri ini berkesempatan untuk berkenalan dengan seorang makcik(nama tidak diketahui).. Beliau merupakan seorang wanita yang bekerjaya dan telah berkhidmat selama berpuluh tahun di sebuah syarikat penerbangan terulung di Malaysia suatu masa dahulu... Mendengar cerita-cerita makcik ni, terasa macam tak sabar ingin bekerja... Hehe... Pengalaman bekerja selama berpuluh-puluh tahun di syarikat penerbangan tersebut telah membawa beliau untuk membuat bisnes berkenaan dengan pakej haji dan umrah... Dari penceritaan makcik ni, nampak sangat dia seorang yang agak berjaya... Coz masa jumpa makcik ni di Airport dia OTW mau pegi bercuti d Vietnam jugak... heheh...  Jealous sungguh....


Tu baru cerita masa di balai berlepas LCCT, masuk ke dalam kapal terbang saja, jadi rimas dengan orang kiri,kanan,depan... 
Di sebelah Kiri sorang perempuan yang diaammmmmmm saja, senyum pun tidak,, tekanan..! Di sebelah kanan pulak sorang lelaki pertengahan umur yang terlalu peramah, sabar je lah.. At the end of the flight  baru tau dia tu somebody.. toink3 sory sir. tak kenalla pulak... he3
Di depan pula, sekeluarga + anak yang comel...Fuhhhh!!!!! 


(Perjalanan di dalam kapal terbang yang sungguh membosankan)


Kini, Sudah seminggu menjejakkan kaki di Bumi Melaka ini... Zahirnya, tiada perubahan ketara yang jelas dapat dilihat dari pandangan mata kasar... Hakikatnya, saat-saat perpisahan itu kian menghampiri... 


Memang tipulah kalau tidak mempunyai sekelumit perasaan sedih pun bila berpisah dengan kawan-kawan kan... Walaupun diri ini tidak mempunyai banyak kenalan... Tapi sahabat yang ada tika ini sudah cukup untuk membuatkan hati gumbira... Terima Kasih Kepada sahabat Sweety Ngod2  coz  sering menghulurkan bantuan tika diri ini sangat memerlukan pertolongan...


My Point Of View pasal diowang ni just simple;



We were born to be a closed friend. The difference of our attitude doesn't mean we cannot bond strongly as truly best friend. The worst You are, The more I Love You. 
We never care what people say about us, because they never try to know Us & only know to backstab by assuming our attitude.... Hope our friendship everlasting...


Perbezaan telah mengeratkan hubungan kami kerana persahabatan kami diibaratkan seperti jari yang mempunyai ruang-ruang kosong di antaranya dimana ia memerlukan jari yang lain untuk bertaut agar ruang-ruang kosong itu dipenuhi... Baik buruk kami setia menerima...


Quote of Friendship...
our inside jokes
too many to name
when we're apart
its never the same
when we're together
its nothing but fun
replacing my girls
just cant be done 


Cerita ini akan ku sambung di lain masa di lain ketika....


No comments: