Islamic Widget

Latest Update

31 January 2011

Disleksia @ Dyslexia ...

Salamm...
Fuhh.. harini dalam sejarah.. Saat aku menaip ni aku rasa dah seharian hujan dari malam semalam..
Mak Aih.. Sepanjang hari ni rasa macam nak tidur sepanjang hari.. 
Hari ini Hari GARFIELD!(Si Pemalas)...Hehehe
Oke Oke! Ni nak cerita pasal 1 cerita ni... Aku baru jer tengok telemovie ni malam tadi...
Tajuk die Disleksia@Dyslexia

Telemovie ni mengisahkan tentang seorang budak (lakonan Avicenna@Ahmad Dhani@Dhani) yang mengalami Disleksia(nak tahu lebih lanjut klik kat Disleksia ).. Dhani mengalami kesukaran untuk menulis, membaca, mengeja dan mengira umumnya. Namun, Dhani amat suka melukis dan sangat sayangkan seekor ikan yang dia bagi nama 'kimi'(kalau tak salah dengarlah..hehe)
Adik Avicenna @Ahmad Dhani

 Disebabkan oleh gangguan yang dialami Dhani telah membuatkan dia seringkali dimarah oleh ayahnya. Yang paling tak bole blah atuk dia la... Asyik nak jaga darjat dan pangkat serta nama jer. Mentang2 lah dia peguam dia nak semua anak keturunan dia jadi peguam..(tiba2 teringat cerita 3 idiots) huhuhu..Pastu boleh siap nak bandingkan lagi Dhani dengan adik Dhani...cit!!! nasibla adik Dhani tu baik..kalau tak...memang dah lama kena lepuk dek Dhani..Hahahaha
Dhani dengan adik dia(baju putih)...Comel jer budak2 ni=)
Keseriusan gangguan ini, juga turut mengganggu guru-guru yang mengajar Dhani kat sekolah sampaikan satu tahap Guru BEsar panggil mak ayah dia... Masa ni lah GB dia sarankan supaya Dhani dihantar ke sebuah sekolah khas yang menempatkan budak-budak yang se'spesies' Dhani.. Gangguan ni boleh dikira sebagai orang kurang upaya(OKU) jugak taw... serius jugak sakit ni yer...

Selepas berada 3 bulan di Sekolah Khas tersebut... Tiada perubahan yang berlaku..
Dhani tetap Dhani... 
Ayah dan Ibu Dhani minta nasihat kat doktor lak... Atas nasihat doktor, Dhani dihantar ke sekolah tahfiz walaupun tindakan Ayah Dhani menimbulkan kemarahan atuk Dhani.. 

Pada awalnya, Dhani sukar nak menyesuaikan diri dengan tempat baru... 
(Aku salute dengan budak yang bawak watak Dhani ni.. Dia sangat sempoi and he really looks like that type of people..Congratz for you bro Avicenna =) )
Perubahan demi perubahan berlaku kat hidup Dhani di atas pertolongan seorang Ustaz yang juga merupakan penghidap Disleksia suatu masa dulu. Dhani dari tak reti membaca dah lancar membaca, dah reti baca al-quran, dah reti solat, dah reti mengurus diri sendiri dan dah reti nak jawab periksa... Kesian sungguh budak yang mengalami gangguan ini.

Apa yang aku nak highlightkan kat sini adalah Kesabaran dan Usaha disertai dengan doa adalah kunci utama dalam mendidik anak-anak yang mempunyai gangguan sebegini... 
Daripada plot penceritaan citer ni, dari sekolah biasa ke sekolah khas tak mampu untuk mengubah hidup Dhani. Tapi setelah ditempatkan di sekolah Tahfiz, Dhani akhirnya berubah... Dapat lihat tak betapa kekuatan agama boleh mempengaruhi hidup seseorang...

Dengan usaha dan ikhtiar yang ditunjukkan  oleh ibu dan ayah Dhani serta kesabaran dan keikhlasan para ustaz-ustaz di sekolah Tahfiz di dalam memberikan ilmu akhirnya berjaya membentuk Dhani menjadi seorang yang lebih baik dari yang sebelumnya...
Kerana agama itu jugaklah akhirnya mengubah persepsi atuk Dhani terhadap diri Dhani, terhadap status darjat dan pangkat yang dimilikinya. At last, atuk Dhani akur bahawa "Ilmu Dunia dan Akhirat seharusnya seimbang"...

End of the story...

P/s; Seriously, I'm touched with this Movie... Kalau tengok dengan mata tak beserta hati, cerita ni hanya akan nampak macam cerita biasa saja, tapi kalau tengok dengan mata dan hati, cerita ini memang best sebab benda ni betul-betul dekat dengan kita. Cuma kita jer  tak menyedari...
Apa-apa pun I give my credit to Avicenna@Dhani...you really impressed me... Watak die yang memang sempoi gila... I Like!...

Another P/s; SEDIH! LEE CHONG WEI KALAH..HUWAAAAA.... TAPI TAK KISAH PUN SEBAB DIA MAIN BETUL2... MUNGKIN REZEKI TAK MENYEBELAHI DIA HARI NI...=)
Keep up your good work okeh!=)
Chow Sin Chee...=)

1 comment:

nafisah said...

assalamualaikum. maaf nak tanya. dhani masuk sekolah tahfiz mana ya?