Islamic Widget

Latest Update

31 January 2011

I ♥ Pink + Green =)

Hey! I am really addicted with Pink + Green right now!!! Walawwwehhhh

Hei hei hei hei... stuff kat bawah ni semua aku amik from google okeh.. sory pada gambar=gambar yang tercilok... heheheehehe
Nak 1 bole? So sweet la... comey sungguh=)

Disleksia @ Dyslexia ...

Salamm...
Fuhh.. harini dalam sejarah.. Saat aku menaip ni aku rasa dah seharian hujan dari malam semalam..
Mak Aih.. Sepanjang hari ni rasa macam nak tidur sepanjang hari.. 
Hari ini Hari GARFIELD!(Si Pemalas)...Hehehe
Oke Oke! Ni nak cerita pasal 1 cerita ni... Aku baru jer tengok telemovie ni malam tadi...
Tajuk die Disleksia@Dyslexia

Telemovie ni mengisahkan tentang seorang budak (lakonan Avicenna@Ahmad Dhani@Dhani) yang mengalami Disleksia(nak tahu lebih lanjut klik kat Disleksia ).. Dhani mengalami kesukaran untuk menulis, membaca, mengeja dan mengira umumnya. Namun, Dhani amat suka melukis dan sangat sayangkan seekor ikan yang dia bagi nama 'kimi'(kalau tak salah dengarlah..hehe)
Adik Avicenna @Ahmad Dhani

30 January 2011

♥ Our Last Birthday Celebration ♥

Heylo there...
Entry kali ni, nak Cerita tentang Birthday Celebration.
Actually... nak celebrate Birthday ieqa@Cik Lipat,
Tapi, since this is our last sem, so we all decide to celebrate  birthday for all of us.. =)
Kitowang plan buat benda ni nearly Birthday Cik Lipat & buat surprise sikit kat die...
Hakikatnya, sambutan ni untuk semua...
Mereka yang terlibat semestinya aku...=) Ieqa@Cik Lipat, Bell@Si Lam Lam, Amilis@Si Ms.K, Falah@Si Ulat, Jalal@paparazzi & Poksu@Jabir(or vice versa)... 
Sedih jugala coz Aini tak dapat nak join sekaki...Masa tak kena..hu3

I am really having a great time with them All..
They are my BFF at UTeM..♥♥♥

Kat bawah ni adalah antara gambar-gambar kitowang malam tu.. 
♥ 26 Januari 2011 ♥




25 January 2011

Last Weekend...

Heylo....=)
kali ni nak cerita pasal my last weekend la... heee crita bese2 jer...ngeee
Kisah bersama si raja bowling, si ratu lamlam(short form of lampi...hahaha sory fren..juz jokin=)), si raja ulat dan si ratu lipat dengan kehadiran aku sebagai Si penglipur lara... Hahaha
kiri;Ratu Ulat, kanan:ratu lamlam...
Mood: xcited nak mengalahkan grup si raja=)

21 January 2011

Apakah Nasib Golongan Wanita Bertudung???

Salamm....
NO Hijab
With Hijab
Gambar Hanyalah Hiasan Semata-mata


Yang mana satu pilihan anda??? No Hijab atau With Hijab...=)


Baru-baru ini saya terdengar tentang satu isu berkenaan peluang mendapatkan pekerjaan bagi wanita yang membuatkan saya agak terkejut beruk.. beruk pun x terkejut macam tu... huh!


"Memilih berdasarkan paras rupa" Yang cantik menjadi pilihan, Yang tidak cantik dibuang jauh walaupun mempunyai qualification yang lebih baik dari yang cantik...

17 January 2011

Hari ini....

Salammmm...=)


Fuhh!!! Lamanya tak update blog ni...
Hehehe..  Masa yang terhad @ suntuk (Suntuk ke???) membuatkan diri ini tidak sempat untuk membuat coretan baru, walaupun hakikatnya, tiada siapa pun yang follow blog ni... hehehe
Never mind, blog ni pun hanya untuk suka-suka, sekadar meluahkan perasaan yang tersirat di hati yang kadangkala memang tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata.


Saat diri ini memulakan langkah untuk kembali ke bumi Melaka Bandar BErsejarah, rasa sebak menyelubungi diri ini. Walhal, sudah seringkali pergi dan kembali ke kampung halaman. Namun, perpisahan itu sering menerbitkan rasa kesedihan tanpa dipaksa.


Berada di balai berlepas adalah merupakan saat-saat yang paling tak disukai disebabkan oleh rasa bosan yang melampau. Tidak berteman, berseorangan, sendirian...Itulah yang sering terjadi selama 4 tahun ulang alik dari sabah ke KL... Bukan tidak ada teman seborneo, tapi diri ini lebih selesa untuk bergerak sendirian tanpa perlu menunggu dan ditunggu (Things that I really Hate Waiting!)...

05 January 2011

The Truth of Life from their Point Of View...

Semoga kamu menjadi anak2 yang soleh.Aminn
Today we have higher buildings and wider highways, but shorter temperments and narrower points of view.

We spend more, but enjoy less. We have bigger houses, but smaller families. We have more compromises, but less time. We have more knowledge, but less judgement. We have more medicines, but less health.

We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk much, we love only a little, and we hate too much.

We reached the moon and came back, but we find it troublesome to cross our own street and meet our neighbors. We have conquered the outer space, but not our inner space.

We have higher income, but less morals… These are times with more liberty, but less joy… With much more food, but less nutrition…

These are days in which two salaries come home, but divorces increase. These are times of finer houses, but more broken homes. 

That’s why I propose that as of today -- You do not keep anything for a special occasion, because every day that you live is a special occasion. Search for knowledge, read more, sit on your front porch and admire the view without paying attention to the needs. Pass more time with your family, eat your favorite food, visit the place you love. Life is a chain of moments of enjoyment; it isn’t only survival.

Use your crystal goblets. Do not save your best perfume… use it every time you feel you want it. Take out from your vocabulary phrases like, “one of these days” and “someday”. Let’s write that letter we thought of writing “one of these days…”

Let’s tell our families and friends how much we love them. Never pass up a chance at adding laughter and joy to your life. Every day, hour, and minute are special… Because you never know if it will be your last…

If you’re too busy to take some minutes to share this message with someone you love, and you tell yourself that you will share it “one of these days”… “one of these days” can be very far away, and you may not be there to see it…



p/s: Ayat2 kat atas ni aku copy dari website Board of Wisdom... 1st tym bace memang masuk sangat ngan jiwa aku.. kebanyakan ayat2 kat atas ni memang menggambarkan masyarakat yang hidup di zaman ni...


Kita terlalu bermegah dengan kejayaan kita di mata dunia tapi kita lupa akan hal-hal ukhrawi sesama insan terutamanya orang-orang yang terdekat dengan kita. Mereka adalah insan yang  tidak akan membuatkan kita terkenal di mata dunia tapi merekalah yang akan membantu kita jika kesulitan melanda. Mereka yang dimaksudkan adalah jiran tetangga. 


Hargailah jiran tetangga kerana orang yang memujamu kerana kejayaanmu belum tentu akan memberikan secebis bantuan ketika kamu dilanda kesusahan. 




04 January 2011

Selamat Tahun Baru, Happy New Year 2011




Salammmmmm
Alhamdulillah... Sampai jugak kita di tahun baru 2011=)
Phewww...
Rasa macam baru semalam tahun 2010 bermula tapi kini sudah menginjak ke Tahun 2011...
Sungguh cepat masa berlalu...

Sesungguhnya pelbagai kisah suka dan duka di tahun 2010 yang berlaku dalam hidup aku...

Tahun 2010 bermula dengan kisahku sebagai budak praktikal. Aku menjalani praktikal di agensi kerajaan selama 20 minggu bermula dari 30November2009-16 April 2010...Fuhh.. Masuk ke alam pekerjaan agak membosankan kerana sentiasa menjalani rutin yang sama setiap hari...Benarlah senior2 cakap, praktikal di Gov memang bosan...Hehehe... Tapi tu tak bermakna aku curi tulang hoke.... 

“I am a good practical student...”

Buktinya, sudah beberapa orang staff di sana puji aku.. Siap suruh aku apply kerja sana lagi.bole la jadi bos diorang... oh tidakkk...aku maluuuu=) hahaha
kembang kempis jugakla kejap... tapi kejap jak la.. pastu cool down,perjalanan aku masih panjang...ho3

Penat jugak kerja ni.. walaupun hanya 20 minggu dan hanya duduk2, borak2 kosong, buang masa, n pikir apa nak tulis dalam buku log tetap penat lol... 
Terdetik jugak di hati aku tak nak kerja, nak study seumur hidup.
(mood: angan2 kawin dgn orang kaya..bolela aku blaja jer kan..yg ptg tiap2 bulan duit masyukkk hahahahah)

Masa praktikal ni jugakla aku dok usha sorang staff kat sana.. hahahaha... sangatla bengang bila aku ditempatkan kat seksen tu 2 minggu jak.. omaigad...sangat2 la shuke dengan dia... Dari pemerhatian aku, mamat ni simple,humble,solat on time, cakap pun berlapik, merendahkan pandangan mata, dia x hensem tapi peribadi dia memang best la...hohohoho

Masa-masa praktikal aku berlalu dengan smooth saja. Di sini juga 1st time aku menjadi begitu berani, berani berdepan dengan seorang yang kira mempunyai pangkat yang tinggi di agensi kerajaan ni.. Jumpa dia dan bertanya pengalaman dia, bertukar-tukar pendapat, dan alhamdulillah pendapat aku difikirkan... He’s a nyce man i think, the way he spoke really admire me to be like him... kata-kata sangat tersusun dan dia appreciate setiap pendapat yang dia berikan.. Thanx 4 da silent knowledge sir.. will remembering u forever..(Belajar dari setiap yang berlaku di sekelilingku dan mengambil ikhtibar di setiap perbuatanku yang tersalah tingkah atau terkasar bahasa).

Towards the end of practical, aku menerima berita bapa aku x sihat. Dah beberapa hari dia x sihat, sesak nafas n etc. Masa aku diberitahu tu mereka OTW pg KK. Bawa bapa aku pg cek di Specialist hospital(fogot oredy lorh)  dan he admitted for 4 days n 3 nyte... Huhu... Syukurlah dia OK slps tu...=) Tapi.. beberapa minggu selepas tu, Sesak nafas dia datang lagi dan kali ni lebih teruk. Sesak nafas + gout.. hu3. Terpaksa pula admitted di hospital hampir seminggu. Masa tu aku berada di minggu2 akhir praktikal.Mana nak siapkan report yang panjang berjela2. Risau dengan bapa aku..hu3 memang tension jugaklah.. aku paksa habiskan semua report aku. 16hb tu juga aku settlekan semua penghantaran report aku n bla bla bla... Tapi terpaksa tunggu 17hb baru bole balik kampung coz tunggu abang aku balik dr KL kemudian balik sekali gi kampung..
Setibanya kami d kampung, hari da malam. kami(aku +kakak+2 abg aku) pegi hospital.. ziarah bapa aku + ganti my elder sis jaga bapa aku.. hu3.. sedih tengok bapa aku tym tu.. badan dia jadi kurus.... muka dia cengkung... omaigod.. aku sangat sedih tym tu..hu... Selepas keluar dari hospital beberapa hari selepas tu, bapa aku ikhtiar ubat kampung, makan suppleement dan perubatan islam...

Hari demi hari, keadaannya menjadi teruk, walaupun jantung dia beransur pulih, tapi gout yang menyerang di kaki dia memang betul2 buat rasa sakit sampai satu tahap dia sudah tidak dapat berjalan.. Masa tu memang dia sangat frust.. masa ini jugaklah pertama kali aku nampak air mata bapa aku.. huhuhu... ia memang sangat2 sedih.. Sampai pada satu tahap bapa aku hampir berputus asa.. Alhamdulillah, berkat kesabaran dia dan semua orang yang mendoakannya. Alhamdulillah bapa aku sudah semakin pulih dan bertambah sihat sekarang.  Cuma, makanan dia sajalah kena jaga sikit.. Syukur2. I love u My Dad!...

2 Bulan cuti di rumah, aku tak buat apa-apa..Hanya duduk diam di rumah, teman famly main dengan anak2 buah aku... Habiskan masa macam tu saja..
Awal Julai aku kembali ke melaka..Hohoho.. sangatlah berat hati meninggalkan Sabah.. Huhu..  tahun akhir pengajianku bermula... Pelbagai liku2 hidupku datang bertandang. Alhamdulillah, atas izinNya aku dapat mengatasi semua yang berlaku. Aku percaya bahawa apa yang berlaku di dalam hidup ini ada hikmahnya... Allah tidak akan menguji hambanya jika Hambanya itu tidak mampu untuk mengharunginya... Alhamdulillah...

Aku bersyukur di atas segala nikmat yang engkau berikan padaku Ya Allah... Aku bersyukur di atas kurnianmu Ya Allah.. Memberikan aku keluarga yang menyayangiku, memberiku sahabat yang memahamiku, memberiku peluang untuk hidup di muka bumimu yang luas terbentang ini Ya Allah.. Sesungguhnya dariMu aku datang, kepadaMu jua aku kembali..

Harapanku di tahun baru ini agar aku diberi peluang dan diberikan hidayah kepada diriku untuk berubah menjadi seorang yang lebih bermakna untuk diri sendiri dan kepada semuanya.  Aku Sayang Semuanya.... Love Love Love....