Islamic Widget

Latest Update

22 November 2011

K.I.T.A

Takdir tuhan menemukan K.I.T.A...
Yang sudah tertulis di dalam loh mahfuz...
Aku, kau, kamu dan dia punya banyak perbezaan...
Ibaratnya aku api, kau tanah, dia angin  dan kamu air...
Hanya K.I.T.A....

Allah ilhamkan air untuk menutup amarah sang api...
Allah berikan angin agar aku selalu damai disisinya..
Dan Allah ciptakan tanah agar aku sentiasa ingat tempat ku berpijak...

Mengharungi segala suka dan duka...
Berkongsi senyum dan tawa....
Berkorban masa dan ketika....
Bertekak salah dan benar...
Bercerita segala yang indah...
Hanya K.I.T.A

 Terasa belum puas untuk semuanya...
Tapi... Aku sedar...
Perjalanan hidup kita masih terlalu jauh...
Masa memisahkan kita,
Masa mendewasakan kita,
Masa AKAN merubah segalanya...

Dari seorang  pucuk dewasa...
Kelak menjadi dewasa yang cukup rencahnya...
Dari seorang yang banyak tingkahnya...
Kelak menjadi orang yang terjaga akhlaknya...
Dari seorang yang penuh dengan angannya...
Kelak termakbul segala yang diangankan...
Hanya K.I.T.A ...

Jauh... Bukanlah titik sebuah persahabatan...
Jarang... Bukanlah bermaksud lupa erti sahabat...
Janggal... Istilah yang harus dibuang dalam suatu ikatan persahabatan...

Semoga...
Jarak yang memisahkan kita...
Bukan penghalang untuk berutus khabar ...
Bukan penyebab untuk menciptakan jurang di dalam sebuah persahabatan yang suci...

Aku, kau, kamu dan dia...
Sahabat selamanya...
Hanya K.I.T.A...
Kerana. Ini. Takdir. Allah (K.I.T.A)
Untuk  Aku, Kau, Dia dan Kamu....
Selamanya.

AY111103 <3



01 November 2011

Majlis Ilmu

Assalamu’alaikum!!!=)
Heee... Semalam..Bertarikh 31 Oktober 2011 aku telah menghadiri satu Forum Perdana Ehwal Islam yang membincangkan tajuk “Konsep Pengorbanan Menurut Pandangan Islam”.
Heee.. Alhamdulillah.. setelah sekian lama tak menghadiri program2 ilmu, akhirnya diberi ruang dan peluang untuk hadir ke majlis2 ilmu macam ni=)... heeee syukur2...
Forum ni mungkin diadakan sempena dengan kehadiran hari raya korban yang jatuh pada 6 November 2011... Panel yang datang semalam terdiri daripada
i.                     Ustaz Harun (pengerusi forum) –ustaz ni khabarnya seringkali menjadi penceramah jemputan semasa majlis maal hijrah peringkat daerah Tenom. (tapi.. aku baru 1st time jumpa... nampak sangat aku jarang join benda-benda macam ni...sebab..aku masih di melaka..kalau x.. aku rajin juga join..heeee)
ii.                   Ustaz Syahrin Md Jamaluddin(panel 1) – haa... ustaz ni.. siapa pernah nonton Forum Perdana di RTM1.. konfem kenal... Ustaz ni agak familiar... Seriously... cara dia menyampaikan ceramah semalam memang agak sempoi... tapi maksud dia jelas dan nyata.

Ustaz Syahrin (SUMBER:Uncle Google)

iii.                 Ustaz Abdul Kahar(Panel ke-2)- Ustaz ni dari salah sebuah sektor agama negeri juga. Mostly topik yang dibahaskan semalam more on parenting=) heee sebab dia pun sudah bercucu so dia lebih banyak memberi hujah mengenai orang-orang yang terdekat @ dalam konteks institusi keluarga...
iv.                  Ustaz Nazrey Johani(Panel ke -3@terakhir) – Yang ni, lagi femes... Nazrey Johani-ex kumpulan raihan.. Sudah berkecimpung lama dengan dunia hiburan nasyid, menyampaikan dakwah melalui lagu yang disampaikan sehingga ke luar negara.. Namun, beliau tekad untuk meninggalkan dunia seni kerana apabila beliau kembali ke hometown beliau di ranau.. Beliau terpanggil untuk memberi dakwah di kampung halaman beliau sendiri. (p/s: aku sangat tersentuh dengan persembahan beliau di akhir majlis..Diiringin dengan doa... sangat lah meruntun hati.. I AM VERY TOUCH!!!!)

Antara input-input yang aku perolehi semalam..adalah lebih kurang maksud dia seperti berikut.

i.                     Ustaz Syahrin
-   Beliau berpesan, sesiapa yang berada dalam keadaan gelisah atau jiwa tidak tenang... Baca surah Al Insyirah. InsyaAllah akan tenang jiwanya..

Surah Al Insyirah(dari pakcik google)

-   Beliau juga berpesan, Jika kita terpaksa membuat pengorbanan jangan takut dan risau kerana pengorbanan adalah sirah dan fitrah dalam kehidupan.
-   Untuk berjaya dalam melakukan sesuatu pengorbanan... yang penting sekali adalah USAHA, seterusnya diikuti oleh DOA dan diakhiri dengan TAWAKKAL. Berusahalah dengan gigih, Berdoa lah dengan tawadduk dan Bertawakkallah kepada Allah yang maha Esa kerana sesungguhnya dialah yang memberi rezeki kepada semua hambaNya... Wallahualam.
-   Beliau juga berkongsi sebuah cerita yang agak santai...(kisah ini diceritakan secara tak tersusun.dan Aku mengolah kepada sebuah cerita yang lebih tersusun..heee walaupun ayat tak 100% sama maksud yang ingin disampaikan adalah sama dengan apa yang ustaz syahrin sampaikan) =)

Ada seorang lelaki yang bergelar  suami... sudah beristeri.. Suatu hari si isteri bertanya;
“Hari ni khutbah pasal apa bang?”
“Khutbah? Entahlah..tadi abang tertido kat masjid..Ngantuk sangat yang..semalam berjaga nak qiamullail(tgk MU lwn Mcity then terus buat qiamullail... )”
Si isteri: “MasyaAllah”... geleng kepala...
Cerita bermula pabila si suami menjadi seorang ayah dan tengah runsing memikirkan keadaan anaknya yang baru dilahirkan yang asyik berjaga di tengah malam dan menangis tak henti-henti. Pergi hospital sudah, Semua klinik dah pergi, rawatan tradisional dah buat tapi tetap tak dapat merawat penyakit anaknya. Hinggalah beliau terjumpa seorang hamba manusia yang menyarankan kepada beliau agar berjumpa dengan tok imam. Kemudian, si suami pergilah berjumpa dengan tok imam yang agak dikenali di kawasan rumahnya...
“Assalamu’alaikum tok imam”
“waalaikumussalam..ha ada apa datang rumah malam-malam ni?”
“Macam ni tok imam, saya datang ni nak minta tolong dengan tok imam. Tolong rawat anak saya ni, asyik nangis jer kerjanya.. dah tu tengah-tengah malam pulak... tak lena tido tok imam”
“Owh yeke? Tapi saya pun tak reti la nak ubat benda-benda macam ni.”
“Alah... tolong la tok imam... tak kan tak ada cara lain kot”
Tok Imam mengaru-garu kepalanya...Lantas beliau berlalu ke biliknya dan mengambil sebuah buku catitan dan diberikan kepada Si pemuda tersebut.
“Nah! Yang ini mungkin boleh membantu saudara.”
Si pemuda tersebut lantas mengambil buku yang tertulis di hadapannya. “KHUTBAH JUMAAT”
“Eh! Apa kena mengena buku ni dengan penyakit anak saya tok?”
“Haa... kan kamu kata anak kamu tak dapat tido malam.. Awak bacalah buku khutbah ni...habiskan semuanya.. mesti anak awak tido nyenyak..”
“Haaa????” Si pemuda tersebut bingung...
“Tak adalah... setiap minggu tiap kali saya bagi khutbah jumaat... banyak jer umat manusia tertido kat dalam masjid.. agaknya khutbah jumaat ni memang buat orang tido kot”... sambung tok imam sambil tersenyum...
TOINK!
‘Kena sebijik kat aku’ desis si pemuda... hehehehe

Pengorbanan yang dimaksudkan di sini adalah menahan diri daripada tido semasa mendengar khutbah juga merupakan sebuah PENGORBANAN.. kerana... Tido adalah antara nikmat hidup yang paling indah... Heee...
P/s: Tidak akan dikira pahala qiamullail jika seseorang tidak tido sekejap sebelum bangun untuk melakukan qiamullail..
Disini jelas menyatakan bahawa  pengorbanan ada di mana-mana..Cuma terserah kepada kita untuk mengambil peluang dan memanfaatkannya di dalam kehidupan kita=)

ii.                     Ustaz Abdul Kahar
-   Beliau banyak berpesan kepada muda mudi yang hadir di dalam forum ini tentang tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapanya dan beliau juga berpesan kepada ibu bapa tentang tanggungjawab untuk mencorakkan kehidupan anak-anak.
-   Antara kata-kata beliau yang paling aku ingat...
o   Tiada apa yang membuatkan kedua ibu bapa gembira melainkan melihat kejayaan anak-anaknya. Sesungguhnya kejayaan ibu bapa terletak kepada kejayaan anak-anaknya dari aspek rohani, material, ilmu dan sebagainya.
o   Wahai Muda mudi ingatlah.. kejayaan anda menggenggam skroll ijazah kamu bukanlah kejayaan kamu NAMUN ia adalah kejayan ibu bapamu yang berjaya mendidik kamu sehingga dapat menggenggam segulung ijazah. Dan kamu, wahai muda mudi.. kejayaan kamu yang sebenar adalah pabila anakmu berjaya dalam hidupnya di kemudian hari...
o   Memetik kata daripada mantan pM kita dahulu... Tun Mahathir Mohamad.
§  “Kita bebas memilih untuk melakukan apa saja di atas muka bumi ini sama ada baik mahupun jahat. TAPI, kita tidak bebas untuk memilih akan akibat yang bakal berlaku kelak.” Pembalasan terhadap sesuatu kebaikan atau kejahatan tetap akan berlaku di dunia mahupun akhirat.

iii.                   Ustaz Nazrey Johani
-   Beliau banyak bercerita tentang kehidupan beliau, pengorbanan beliau terutama di dalam mencari ilmu agama.  Petikan mahfum ayat yang paling aku ingat adalah terjemahan daripada surah Al hujurat(ayat 15);
                "Sesungguhnya orang-orang mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah         dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan berjihad dengan harta dan jiwa mereka demi membela agama Allah.Mereka itulah orang-orang yang benar."

-   The last part yang betul-betul berbekas dalam hati apabila beliau menyanyikan lagu Suara Hidayah dan Doa Taubat. Serious masa ni sangat touch... dan aku rasa para hadirin yang datang haritu pown sempat  mengalirkan air mata terutama ketika beliau melagukan doa taubat dan doa di akhir persembahan beliau.. ustaz syahrin n ustaz harun pown siap lap airmata lagi.. huhuhu

Semoga di lain hari di lain masa aku berpeluang lagi untuk ke Majlis Ilmu seperti  ini... InsyaAllah...

I am Sharing, Cuz Sharing is Caring!!! <3 <3 <3

28 October 2011

My Convocation On 22nd October 2011

Alhamdulillah... Wa Syukurillah...
Akhirnya...!!!
 Setelah berhempas pulas selama 4 tahun...
Akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektronik(Elektronik Telekomunikasi).




Jutaan terima kasih buat semua yang memberi dorongan dan bantuan kepada diriku selama ini..
Terutama kepada kedua ibu dan bapaku...

Me and My Lovely Parents =) <3
Adik beradik aku... Kakak Rafiah, Abang Pyan, Abng Adit, Abang didi, Bibie...

Abang Didi jak yang sempat hadir ke majlis konvokesyen aku..=) its oke=)
Sepupuku yang banyak membantu selama ini.. Dialah yang hantar aku pergi daftar  kat UTeM.. Dia jugak lah yang datang bawak mak & bapak aku pergi konvo aku.. Thank you very much Kak Miza & Abang Faren(her hubby).. Jasamu dikenang kak!!=) Semoga anda sekeluarga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..aminnnnn

Me, My Parents With My Cuzzy
Semasa hari kejadian! Seriously aku terharu sangat2! Entahlah..rasa macam ada satu perasaan yang membuatkan aku mengalirkan air mata... 
bukan sedih tapi....entahlah.. 
apa-apa pun aku bersyukur kerana  diberi peluang untuk berkongsi kejayaanku dengan kedua ibu bapaku... 
Sesungguhnya kehadiran mereka merupakan satu detik2 indah dalam hidupku... 
Walaupun pada awalnya, bapa aku hampir tidak dapat turut serta, namun atas kehendak Ilahi, Alhamdulillah, fasa-fasa genting dapat dilalui dan bapaku dapat turut serta menyaksikan aku menerima Ijazah sarjana muda pengajianku... 
Syukur Alhamdulillah Ya Allah...

Tq kerana setia menanti =)

Lepas ni, fasa yang lain pula menungguku... Ku mohon hanyalah doa dan restu dari kedua ibu bapaku, keluargaku dan sahabat yang dikasihi agar mendoakan aku dimurahkan rezeki dan mendapat pekerjaan yang baik...


Kejayaan aku hari ini adalah hasil daripada dorongan semua pihak...

Terima kasih semua... Terima kasih Ya Allah... 

Wassalam



07 October 2011

October Here I come!!!

Salam ya Ahlan Wa sahlan...
Fuh! Fuh! Fuh!...
Haisy..! Banyaklah sawang sesawang ni haaa... hehehehe
Nampak bebenor lama tidak online! hahahaha
Ini yang dinamakan tahap kemalasan melampau!!!
Semua benda malas mau buat... 
Yang ini pun..malas-malas mau taip! hehehehe

Sebenarnya.. tujuan utama update blog ni...
saja-saja je
nanti kalau lama-lama dibiarkan sepi..banyak pula hantu datang bertandang...
Hahahaha...
Okelah.. Bye!!! 

Mood: Malas!!!!

31 August 2011

Ya allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah
wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud
sekali sahaja untukknya….
Aku tak sanggup menangung derita
mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan
lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..

Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan
cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku
mencintainya telah habis….
Kau tutup kan perasaan cintaku ini
untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus
menghantui hidup ku ya Allah…
Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku
bersamanya….
Kehilanganya memang sukar ku terima….
Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku
lagi….
Aku terima ujian mu ini ya Allah dengan
hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku
hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam
bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya lah
padamu Ya allah….

Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya ya
Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang
nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita
mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi
milikku…
Aku telah merelakan dia pergi ya allah…
Aku terima dengan pilihanya ya allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan
jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…
Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi
sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih
bersyukur ….

Ya allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam kesedihan cinta
ini ya allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini
akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya
padamu ya allah..
amin2…ya rabbal al amin….

P/s: quote from others blog... Ouh touching!

11 August 2011

Salammm Ramadhan Ya KAreemmm...
Fuhh.. hari ni dah masuk hari ke-11 berpuasa di bulan ramadhan ni...
alhamdulillah... Everything goes well!! :-)

Tika ini juga rasanya dah genap sebulan aku bekerja...
Kerja jadi "Children Sitter"
Fuhh!!! Serius mencabar sesangat....
\HAhahaha tambah-tambah lagi dengan perangai aku yang kurang sikit kesabaran dengan budak-budak...
HAhahaha kesian budak-budak ni kena bambu dengan aku...
Hei... pening-pening..
macam-macam kerenah budak-budak aku kena hadapi...

Dari kesabaran aku setinggi gunung kinabalu...
Kini kesabaran aku semakin menjunam jauh ke dasar lautan...  -ve...
huhuhu hari-hari aku berdoa agar diberi kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenah budak-budak ni...
HEhehehehehehe... TAPI rasanya aku akan rindukan diowang nanti..tingggal 2 minggu lagi aku berkhidmat di pra-sekolah ni... hahahaha
tak sabar... tapi... macam tak best pulak bila fikirkan tiada duit masuk nanti... aduiii 
ini pun satu masalah...

hehehe 
aku tumpang bahagia dengan kawan-kawan aku yang sudah bekerja dan dapat banyak pengalaman interview...
aku ni,... susahlah mau cakap...
terasa macam mau buat bisnes sendiri jak...
tapi satu kepakaran pun aku tiada... hei... sandi jua eh...
entahlah... i just hope for any government offer...
tu saja yang boleh tolong aku buat masa ni... yang lain2 semua memang macam haram...

Susah-susah aku kahwin jaklah...
jaga suami ja kerja aku...
tapi... boyfriend@ calon pon aku tak adda...
macam mana mau kawin... adui....

Hidup Hidup...
Semakin aku menjauhi perkara-perkara yang aku tidak ingini...
semakin ia menghampiri aku...
sampai kadangkala aku rasa diri aku tewas dengan percaturan hidup...
tapi aku percaya... percaturan hidup sebeginilah yang akhirnya mematangkan diri aku...

Aku hanya dapat berharap, dan berdoa agar aku dapat menyumbangkan sesuatu untuk ibu bapa aku dan juga kepada negaraku...
walau sumbangan sebesar kuman...

HEi... aku sudah merapu...
okelah chiow... aku bosan...
wassalammmm

31 July 2011

My Ramadhan wishes

Ya Allah,
seketika di tahun ini,
InsyaAllah muncul hari baru yang ceria.
Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini,
berkati keluarganya,
sihatkan tubuh badannya,
limpahkan rezekinya,
jauhkan daripada fitnah,
penganiayaan&penghinaan,
suburkan benih keimanan dengan penuh rasa kasih sayang serta taqwa tanpa alasan.
Makbulkan cita-citanya yang murni.
Amin ya Rabbal A'lamin.

Salam Ramadhan Al Mubarak untuk penerima SMS ini...

P/s; my 1st wishes, and this sms comes from him... My gosh... Touching... Im sorry for not giving u the answer asap...cuz i know i cant....urmmm

30 July 2011

dun read... Its just a waste...

you r my 1st love and i love u so much...
Leaving u is the worst thing i ever do for the whole of my life...

Its been years ago.. But the soul, the love, the memory still remains in my heart...

To be honest, it is hard when ur girl add me thru fb months ago.. Ask me to stay at my house once she come to see u here... Wut da hell... And the pict... Argghhhhhhh its damn hell u know...

Sorry for removing u n ur gurl...
I just can pray the best to both of u...

And today is damn hell cuz i mish u...

P/s, sorry....

02 July 2011

weeehuuuu...
Morning and assalamualaikum...
Wow... It's saturday morning already o kan...

Wah... Hari ni selalu ditunggu-tunggu time belajar dulu..resting day... Hehehe
hari ni... Bangun awall lagi...coz semalam tidur awal... Before 10 suda tidur.. heheeh tepat 6 jam sure terbangun.. Hehehe

wewww..hari ni maybe hari yg memenatkan coz banyak projek harus disiapkan..hehehe

So after updating blog ni n having subuh prayer... Gonna start those thing... Projek buat kuih tempahan orang sebanyak lebih kurang 500 biji..haha gotong royong pok...

last night mimpi pasal kerja lagi... Adoi... Entahlah..pening eh...

Aahhh tensen tensen.. Okelah..bye.... Hehehe

01 July 2011

Biasalah tu.. Kan! 1

Ehem-Ehem...
Salam n Hye untuk semua...
Haisy... Akhirnya sudi juga saya menjenguk dekat HUT saya ni...
Sorrylah..akhir2 ni saya busy sikit memikirkan tentang masa depan saya..
Entah apalah yang akan jadi kat saya 10 tahun nanti...
Mungkiin... Kalau tidak bergelar seorang engineer... Saya akan beralih sebagai seorang pendidik... Kalau tidak..mungkin saya akan meneruskan cita-cita saya yang lain sebagai seorang penulis... Hu3... Entahlah.. Saya hanya mampu berdoa agar diberi laluan yang mudah untuk menentukan perjalanan hidup saya... Aminnn... Doakan untuk saya juga ya kawan-kawan...

Oke Entri kali ni... Saya nak cerita pasal lumrah hidup kita di dunia ni...

Seriously saya agak emosi jika berkaitan dengan persahabatan...hihi dalam erti kata ringkas...tacing... Hehehe

seseorang sahabat saya...(seseorang yang saya anggap sebagai sahabat bukan kawan-sahabat dan kawan adalah dua perkataan yang mempunyai maksud yang berlainan oke) pernah berkata dengan saya yang bermaksud lebih kurang macam ni..."Setiap perbuatan atau khidmat yang diberikan olehnya, bukannya percuma dan seharusnya mempunyai balasan..." MUNGKIN dengan nada gurauan tapi berbekas kat hati saya... Hehe takkanlah benda sekecil hama pun berbekas kat hati kan.. Standard la tu kan... Mana ada benda free sekarang ni..nak masuk tandas pown 30 sen oke.. Huhu... Entahlah...

Mungkin, pendapat saya terhadap seorang yang bernama sahabat lain daripada kamus hidupnya...

Bagi saya, saya menganggap sahabat saya sudah sebagai keluarga...

everytime you need me, just ask for help... But since you count on me... I'll count thousand to you...

yalah... Takde benda free kan... Tapi entahlah.. Sanggup ke anda berkira dengan sahabat sendiri.. Hu3... entahlah... Susahlah nak cakap... Kadang-kadang... Teringin jugak nak berkira dengan orang yang berkira dengan kita... Buat sikit nak balasan... Waima sekecil kuuman pun rasanya dia nak balasan sebesar nyamuk... Mak aih..pening la macam ni... Entahlah...
Mungkin, untuk terus tidak terasa dengan "kata2" tu...dan membantu separuh hati dan tidak ikhlas kepadanya... (yelah...ingat aku ni baik sangat ke dengan orang macam tu... I have feelings and still can think wisely oke...hahahahaha)saya harus menukar status oorang tu dari sahabat ke kawan kot... Hehe... Cukup sangat ciri-ciri kawan rasanya... Yalah... Kawan ni bila diperlukan jer cari kita.. Bila takda hal penting... Tak cari punya... Hehehe...

Hehe... Biasalah tu kan... Lumrah hidup...

Hahaha...entahlah... Sorry la menyemak jek kat new entry korang...

To those my sahabat...
Thanx for always being there...
Heart you all my friends...


P/S: Sorry kalau ada sesiapa terasa...
Kalau anda terasa, saya lagi terasa... Dan maaf juga kepada sesiapa yang anda pernah terasa saya seperti mempergunakan anda... Saya juga manusia biasa... Biasalah tu... Mana ada benda free kat dunia ni... Lakonan semata-mata.. Hahahaha... Okelah.. Penat bangun pagi2 ni fikir pasal kawan dan sahabat...hehehe..Bye...

Wassalammm

18 June 2011

O.M.G

Hehe malam ni aku tak dapat tidur lagi...huhuu
ni semua gara-gara haisy...sukar untuk dijelaskan disini...
dapat diibaratkan bagai pungguk yang merindukan bulan...
menanti terbitnya sang mentari di awal pagi...
hihihi...TAPI hakikatnya... sang bulan itu tidak akan wujud dan
sang mentari itu belum bersedia untuk memancarkan cahayanya...
hehehe...
tak apa...
Aku disini.,. setia menanti oke... hahahah
(hei... sorrylah melalut tak tentu pasal pagi2 buta ni...)

Pagi-pagi buta ni... mood aku elok jer...
so,aku bercadang untuk meneruskan penulisan aku...
hehehe ...jom kita coretkan saat-saat indah Hasya Faqihah yer...
hihihihihi...chow sin chee...

15 June 2011

Fuhh...

Fuh fuh fuh....
haih... dah berdebu Hut aku ni haa...
ups....
Salaammmmm untuk you all yang sudi baca blog i ni k..=)
Rasanya lama jugak Hut ni dibiarkan sepi...
hehehe...
kadang2 teringin jugak nak update blog ni haa...
tapi entahlah... rasa malas tu melebihi dari rajin +++ line intenet yang macam **** hahaha...
sabar jerlah...

HUrmmm... semenjak dua menjak menjadi penganggur sepi ni...
aku mula risau...
hu3...
bila la aku akan dapat kerja ni ah...
aduhhh....
aku dah cuba untuk meyakinkan diri aku untuk rajin apply job yang berkaitan dengan course yang aku ambik...
tapi... aku takut aku tak selesa(maksud aku...aku x nak buat kerja yang aku x minat atau dalam kata lain terpaksa....)...hu3...
Sekarang yang terlintas di fikiran hanyalah untuk menjadi seorang pendidik... TAPI....\mampu ke??? hehehehe
last few days, aku ada jumpa my cuzzy...
dia suruh aku apply jadi lecturer kat Cosmopoint...
Aduh... Lecturer??? mampukah aku mengajar budak2 tua ni...aduiii....
entahlah...
On behalf my mum pulak...
she ask me to apply the KPLI...
ho3...
sekarang aku pown da pening...ada gak apply kat jobs malaysia... tapiiii tu ar...
xde yang mengena pown... haih...
apalah nasib....
tak apalah... sabar jek lah kan....
hehehhe.... 
tu baru part cari kerja...
others activity aku....
BABY SITTER... hahahaha
aduh....
cakap pasal jaga bebudak ni...
huhu...seriously memang penat layan kerenah diowang...
hahahaha..tambahan lagi aku ni jenis yang kurang kesabaran sikit...
at last... aku gaduh dengan diowang....
hahahahahaha...pening mak aku tengok perangai aku camni...
hahahah nak buat camana... kasih sayang yang dulu untuk aku kini dah menjadi hak milik cucu-cucu dia...
sabor jerla... hahahah tapi tak jeles pun...
honestly...budak2 memang sangat comel dan tiba2 teringin nak anak sendiri... hahahaahha gila....
p/s; sape nak jadi ayah untuk anak aku sila contact aku yer....(gurauan semata-mata)
hahahah gila....
tak tefikir lagi untuk berumah tangga oi...
just teringin nak ada anak sendiri jek... haisy haisy merapu jek...=)...

Semenjak aku balik kampung ni.. giler jarang aku kuar gi pekan...
hahahaha malas...
and at the same time...
takut terserempak ngan someone... hahahaha...
x mau cerita lama kembali lagi... hehehehe...
i forget about him already..dun want to see him anymore...Hopefully...

Fuhhh... 
lagi satu sekarang ni aku macam ketandusan idea la...
my novel x proceed2 lagi...
dah terhenti separuh jalan...aduh...
bila lah idea ni nak datang semula...
dah lama sangat ditinggalkan novel aku tu... adoi...
entah ape yang akan terjadi ngan nasib Hasya Faqihah, Hadeef Adhwan dan Hazeef Awsam tu...
sama-sama lah kita tunggu kesinambungan idea2 yang bakal muncul nanti eh...

rugi rasanya bila idea datang mencurah-curah tapi tidak mempunyai pen dan kertas di tangan... 
seolah-olah mencurahkan air ke daun keladi... 
idea keluar mencurah2 dan kemudian habis macam tu saja... aarghhhhhh....

sekarang ni pown da tak tau nak mengarut apa...hehehe...
dah ngantuk ni...
see u in the next entry soon k... bubbye...
salammmmmm

31 May 2011

Masya Allah....

Hari Ini aku bangun awal daripada biasa....
Subhanallah... Maha suci Allah...
Mendengar Azan di subuh yang hening ini sangat membuai perasaan aku...
Ya Allah...
Aku bersyukur kepadamu kerana diberi kesempatan untuk terus bernafas di atas muka bumi ini...
Semoga hari-hari yang bakal ku lalui nanti sentiasa mendapat keredhaanMu Ya Allah....
Amin Amin Ya Rabbal A' lamin.... 
Sebak..... (T_T)...

18 April 2011

Dot!

Segalanya ternoktah di sini...
Saat ini...
Aku bersyukur kepadanya kerana 
diberi petunjuk dan hidayah...

Mungkin...
rasa ini tidak akan hadir lagi dalam hidupku...
ini yang terakhir kali aku merasainya...
kerana sungguh pedih untuk mengulanginya semula...

Tipu...
Memang tipu pabila aku mengatakan..
Aku bahagia jika kau bahagia...
Kerana..jauh di lubuk hati ini,
pedih.. sangat pedih...

Tapi...
Aku percaya Qadak dan Qadar...
Mungkin ini yang terbaik untuk kita...
Doaku buatmu yang kini bergelar sahabat...
Semoga kau berbahagia disampingnya...

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Dan ya Allah ya Tuhanku yang maha mengasihi dan Pengkurnia rasa cinta… Seiringkanlah kami melayari hidup ini, ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah tarikan perasaan ini jauh dari pandanganku. Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan perliharalah aku dari kekecewaan…
Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti isi hati… Berilah aku kekuatan, melontar bayangannya  jauh ke dada langit. Hilang bersama senja nan merah, agar aku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantilah yang telah hilang, tumbuhkanlah kembali yang telah patah. Walaupun tak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu.  Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Kerana engkau Maha mengetahui segala apa yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.  Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jauhkan aku dari kemaksiatan dan kemungkaran. Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat melain kau dekatkan aku dengan jodohku yang sebenar.  Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, sabar seperti orang2 yang beragama. Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup. Menuju ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku waris-waris keturunan yang soleh…
Amin… Ya Rabbal Alamin…


p/s; the same thing happen during study weak.. hopefully I can manage myself wisely...  Hanya Padamu Ku berserah... Ya Allah... (T_T)

12 April 2011




Aku mungkin sudah terlewat untuk mengulanginya semula, namun aku yakin aku masih belum terlambat untuk memulakan apa yang aku impikan selama ni... Semoga niat suciku itu diredhai oleh yang Maha Esa...




20 March 2011

~Irfan~E-Fun~Kulipan~Gaman~


Salam…
Entri kali ni nak citer pasal… budak kat atas nie…
Heee… budak ni aku sayang sangat… 
Budak ni nama dia Mohd.Irfan Danial…
Ataupun nama panggilan dia… 
irfan, e-fun(anti ja je yg pggl camni k), kulipan(bapa dia panggil cani),gaman-panggil bila tym gurau2.. hehehe
Actually budak ni adalah anak buah aku…=) Anak buah aku yang 1st
Sebab tu aku sayang sangat2 dengan dia…
Dia lahir 19 mac 2002 (semalam birthday dia..heee…)


Since aku ni anak bongsu, so tak merasa ada adik…
Once si e-fun ni lahir… huhu.. aku sangat suka!=)..
1st tym aku dukung dia masa umur dia 3 bulan.. 
(heheh tak berani nak pegang baby tym tu.. yelah.. xde adik… xde xprience.. takut sangat nak dukung.. hehehe). 
1st tym aku dukung die.. tengah syok2 dukung, cium2, bau baby... tiba2 aku rasa panas2 jer… OMG rupanya2 e-fun dok buang air kecik.. huwaaaa…
1st tym dukung dia aku dah dibuli.. hahahaha..kerana e-fun anti ja x kisah…=p

Selepas lahir jer e-fun dok kat kampong.. sampaila umur dia 2 bulan.. 
lepas tu, dia balik umah dia pulak.. mak dia kena kerja …
nasibla rumah e-fun time tu tak jauh.. 5 minit jer dari kampung..=) hehehe
Dek kerana aku ni jakun sangat dengan kehadiran baby… Setiap minggu, at least 3 hari aku akan stay rumah akak aku…=)

Heee tolong akak aku buat susu untuk dia, jaga dia, main-main dengan dia,… aku tak kisah sangat… yang penting aku dapat peluk cium dia… hehehe
At the moment, memang aku sangat rapat kat e-fun… Benda ni berlarutan sampai la tahun 2005… 
Sampaikan kalau aku tak datang tido umah dia, dia akan cal… 
ada sekali dalam tahun 2005, time tu aku SPM.. so, dah kurang la datang rumah dia,…Dia datang kat rumah aku semata-mata nak ajak aku tido kat rumah dia… dia amik baju aku tolong packkan… hahaha.. tym ni nak x nak aku pegi gak.. hehe.. e-fun efun…

Selepas SPM lak, aku kena masuk PLKN… time tu pun aku rindu gler ngan e-fun.. malam2 after makan jer call dia… huwaaa rindu…
Sampailah aku masuk matriks… masa aku masuk matriks dia siap cakap kat mak dia lagi, tak boleh ka kita ikut anti ja pegi Labuan… Mak dia kata tak boleh, anti ja nak pegi sekolah tu… pastu dia diam.. dia datang jumpa aku then cakap kat aku, anti ja… anti ja tak payahla pegi sekolah di Labuan.. anti ja sekolah la di sini saja…nanti e-fun rindu sama anti ja macam mana??

Fuh .. time tu sebak jugak… dan setiap kali aku balik cuti… macam-macam coklat aku belikan untuk dia.. sebab e-fun ni hantu coklat.. hehehe tapi yang tak bestnya, bila aku nak balik matriks semula, setiap kali tu la irfan nangis… huhuhu aku yang tak nangis pown jadi nangis.. aduh…. E-fun, e-fun.. huhuhu..

Saat yang paling aku sedih sangat, masa 1st time aku nak fly g kl.. nak masuk U.. Time tu lagila.. dia peluk aku tak nak lepas… huhuhu… time tu memang sedih sangat…huhhu… I’ll miss the moment…

Semalam… genaplah dia 9 tahun… sepanjang 9 tahun dia hadir dalam hidup aku, aku sangat terhibur dengan keletah dia.. bijak, petah berbicara, suka menari( he’s really a great dancer, but he’s not sotong ok! Gagah perkasa) =) and one more thing, he’s really a nice boy!

Sejak dia dah ada adik, Nana… perasaan jeles tu agak ketara ckit r… dia penah cakap kat mak dia, dia sedih, mak dia da x sayang kat dia, sayang kat adik jer lebih… then, mak die terangkan.. bla bla bla..and at last dia faham=)…Nasib r nana x mengada...apa-apa kena ada ge ge(abang)  kan=)

Aku percaya e-fun akan jadi abang yang baik satu hari nanti… 
sepanjang dia ada adik, dia tak pernah pukul adik dia… 
sesapa yang buat adik dia jatuh or buat dajal… dia mesti akan marah giler2.. hahaha… 
dan aku penah dimarah… time tu aku nga main ngan nana(adik e-fun)… ntah camana nana boleh tesalah landing… landing kat lantai umah aku…dammmm…. Abih mulut die luke.. darah kuar dari mulut die…huwaaa…. Cuak giler aku tym tu… at that time e-fun tgh melukis and tekejut… die marah giler ngan aku.. sampaikan x nak soh aku jaga nana lagi tym tu.. hehe walaupun hakikatnya, nana yang jatuh sendiri..hahahaha… sooory…


Aku dengan e-fun punya hobi yang sama… aku dengan dia memang suka baca buku… tiap kali kuar g shoping dengan irfan.. tempat yang sure aku and irfan akan pergi berdua adalah bookstore… hahaha kat sini sejam pown kitowang bole lepak… tak pegi shoping tempat lain pun x apa… asalkan bole beli buku  and  sometime komik.. hehehe


Being with e-fun, berdua sangat best… coz at that time, I boleh buli dia.. hahaha=).. tapi e-fun ni sabar sikit and marah dia x lama…=) dats why aku sayang giler-giler kat dia…=) hehehe…

E-fun ni jugak sangat mudah kesian kat orang… terutamanya time sekolah, Nampak sangat dia mudah kesian kat orang especially kawan dia yang kurang mampu. Setiap kali rehat, duit yang dia ada dia akan beli 4 jenis makanan.. satu untuk dia, satu untuk kawan dia yang susah, satu untuk nana and satu untuk nenek da(macik aku yang jaga dia n nana dari diowang kecik sampai da besar)..duit dia habis camtu jer setiap hari… huhuhuhu… e-fun efun…

Nak cerita pasal e-fun ni, memang tak akan habis..
To Mohd Irfan Danial Zainal,
Satu hari nanti kalu e-fun baca blog anti ja ni,
Anti Ja nak e-fun taw yang Anti Ja sayang sangat dengan e-fun…
Kehadiran e-fun sangatlah bermakna buat Anti Ja dan seluruh keluarga…
Terima kasih e-fun kerana menjadi anak buah yang baik untuk anti ja, anak yang baik untuk mama dan bapa, ge ge yang baik untuk nana, dan cucu yang baik untuk atuk dan nenek (kg jawa n keningau)…

Anti Ja sayang sangat-sangat dengan e-fun… Semoga di hari ulangtahun e-fun yang ke 9 ni, e-fun akan menjadi seorang budak yang lebih baik… e-fun still budak oke.. walaupun e-fun tak suka kena panggil budak…hehehe…

Doa Anti Ja sentiasa untuk e-fun… Semoga hidup e-fun sentiasa dilimpahi rahmat dari yang maha Esa… Diberi kecerdikan akal fikiran, sifat-sifat mahmudah dan semoga e-fun menjadi seorang anak yang berguna untuk semua hendaknya…
Mohd Irfan Danial… I Love You…!!!