Islamic Widget

Latest Update

22 December 2010

Dulu Vs Sekarang!!!

Kadang-kadang mulut kena zip supaya  cakap berlapik sikit.

Dulu: aku punya mulut yang becok.

Sekarang: mulut aku hanya dibuka bila perlu.

Dulu:aku lepas pandang segala yang berlaku dalam hidupku, apa yang kulihat hanyalah pada mata kasarku,apa yang ku dengar hanyalah bunyi kosong yang memenuhi halwa telingaku. lalu kubiarkan ia terus berlalu dari pandangan mataku dan bergegas pergi dari halwa telingaku tanpa sekali-kali memikirkan akan maksud yang tersirat disebalik yang berlaku.

Sekarang: Aku, bukan seperti dulu, setiap yang ku pandang aku salurkan terus ke akal fikiranku untuk ditafsirkan. Setiap butir perkataan yang aku dengar, aku cuba untuk menafsirkan dengan kelogikan akal fikiranku. Tika ini, apa yang aku pandang dan aku dengar bukan pandang kosong bukan dengar kosong. Kini, aku bisa untuk membezakan apa yang boleh diterima pakai ,apa yang boleh dipakai buang dan apa yang tak boleh pakai langsung.

Dulu: Setiap yang aku lakukan tanpa berfikir panjang. Nak main, terus bermain. Nak tidur, terus tidur. Tak pernah insomnia.Asal malam menjelma, aku tidur dengan lenanya. 

Sekarang: Sekecil hama perbuatanku harus difikir panjang. Nak tido pun tak senang kerana terlalu banyak benda yang harus difikirkan. Setiap patah perkataan ku harus diteliti agar tidak menyakitkan hati mana-mana pihak. Setiap helai pakaianku harus dijaga agar tidak menjadi buah mulut seantero alam.

Dulu dan sekarang sangat jauh perbezaannya.

Dulu:  Aku masih seorang budak kecil yang hanya tahu bermain, makan, belajar ala kadar dan berbuat sesuka hati TANPA terbit sebarang perasaan rasa bersalah, masalah dan sebagainya.

Sekarang: Aku sebagai seorang manusia yang sudah menginjak dewasa yang harus memikirkan hala tuju hidupku, masa depanku sedekad nanti. Seorang dewasa yang sudah mula mengenal erti masalah dalam hidup, yang sudah terbit rasa bersalah dalam dirinya, yang sudah kenal erti baik dan buruk untuk manfaat kehidupannya.

Fitrah bagi setiap insan di muka bumi ini melewati saat-saat sebegini dalam hidup mereka. Namun Aku rasa sangat bertuah dan bersyukur di atas segala nikmat hidup yang telah aku rasai sepanjang hidupku ini jika dibandingkan dengan mereka yang hidup serba kekurangan, mereka yang daif, sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan apa yang aku kecapi hari ini.

P/s: berharap hari-hari yang bakal ku lalui selepas ini adalah lebih baik dari semalam. Masa yang terlewati itu akan menjadi sebuah kenangan. Hari ini akan kucorakkan hidup ini agar menjadi kenangan yang lebih indah dari semalam dan sebelumnya. 
Hanya kepadamu kuberserah... 


No comments: