Islamic Widget

Latest Update

09 December 2013

2013~Speechless Life

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini....

Di kesempatan ini, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1435H kepada seluruh umat islam di dunia ini....(Macam ada yang baca blog saya ni...hehe) Semoga kita berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan di bawah rahmat keberkatanNya.

*macam opening and ending of the year saja saya upload my blog kan...hehehe

Frankly, 1434H merupakan tahun yang tak akan pernah saya lupakan. Terlalu banyak suka dan duka yang berlaku. 

Tahun 1434H, Alhamdulillah akhirnya, diserap sebagai pekerja tetap dekat company JJM(bukan nama sebenar)...

Bermula dari awal tahun, melalui rutin yang amat padat, sibuk dan memenatkan. Bekerja pagi petang siang malam. Cuti entah kemana.everyday is a working day...Berada dalam company yang sedang giat membangunkan infrastruktur ditambah lagi dengan pekerja yang limited...Sangat lah mengerah tenaga yang amat sangat...Outstation week by week... sampai officemate pun rindu sebab jarang di office...hehehe

Kisah saya bermula pada bulan April... Apabila laptop saya(My Snow White) dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab sewaktu saya dan Ms. T(bukan nama sebenar) sedang menjamu selera di sebuah restoran Thai di Putatan. Tapi, orang yang curi tu mesti menyesal.., hanya Tuan Snow White saja yang tahu macam mana nak buka laptop tu. Entah-entah laptop saya dah selamat masuk sungai rasanya.... huhuhu... Everything gone... kerja-kerja semua tiada backup... gambar...hurmmm GONE....

End of May, I was admitted to Hospital for about 5 weeks. Tempat yang paling saya tak suka, yang paling saya tak ingin nak pergi. AKhirnya, di situlah saya terdampar selama 5 minggu. I was diagnosed as CKD end stage failure. STAGE 5. This is not joking. A 25 years old girl like me has lost one of kenikmatan yang Dia berikan... iaitu KESIHATAN... Yes, I was lost it...

I was feeling nothing weird towards myself. However due to the lost of too much hemoglobin, at that time hemoglobin left inside my body 2.6 OUT OF normal 13 for women. Then, I was admitted at Hospital and after going through too MUCH procedure of testing and everything. At last, doctor comes to conclusion that I was at the end stage of my disease.

Jujur, bukan mudah untuk saya menerima kenyataan. Namun, hati ini sering memujuk diri sendiri agar menerima ketentuan ilahi. "Tidak akan Allah menduga hambaNya dengan dugaan yang tak mampu dihadapi...." Saya percaya, terselit 1001 hikmah dan rahmat di atas segala yang berlaku...

Allah telah titipkan kesedaran yang sewajarnya kepada diri ini agar tidak terus lalai dan leka daripada mengingatiNya. Saya yakin dan sedar... Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan...
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana terpilih untuk menerima ujian daripadaNya...

Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.. Sekarang saya benar-benar merasainya... dan sejujurnya, saya masih belum kuat untuk hadapi semua ini... It is not easy facing the doctor, listened to your health result..and it worst... Jauh di sudut hati saya...tertanya-tanya.. Am i next? Is the time for me keep reducing? Rapuh... Hati saya rapuh...At this moment, i keep thinking about myself... keep praying the best for me...

Namun, terdapat kekesalan yang terbit jauh di sudut hati ini bila mendengar orang membuat pelbagai spekulasi berkenaan saya... i was so surprised... people who never knew me talked about myself... ridiculous... At that time, saya sangat kesian dengan my family... Semoga diberi ketabahan kepada aku dan keluargaku dalam menangani orang-orang sebegini...

Terlalu banyak dugaan yang menimpa keluarga aku tahun ini.. Semoga kami diberi kekuatan untuk menempuhi segalanya.... diberi kesempatan untuk memperbaiki kekurangan diri...

I think I can count on my life... Let me do all out for my self, spent time wisely... May this new year brings a lot of happiness to myself...

I believe in Allah, and I give myself towards him...Allahuakhbar...

Kita tutup kesedihan kita tahun ini... Lets spend the rest of our life doing good things..


Chowww....

Wassalam...



12 August 2013

Syawal 2013

Assalamualaikum....

Fuh Fuh Fuh... berhabuk suda blog aku ni rupanya... adui ba...

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana aku masih diberi peluang untuk meraikan Syawal pada tahun ini...
2 Bulan yang lepas, aku ingat aku tidak sempat sudah mau meraikan syawal tahun ini...

Rasa terlalu cepat meninggalkan Bulan Ramadhan...Rasa terlalu cepat masa berlalu....

Syawal tahun ini agak kurang kemeriahannya memandangkan ahli keluarga yang sudah berkahwin semuanya beraya di kampung sebelah mertua...
Tinggallah yang bujang-bujang saja beraya di kampung....
Raya ke 3 baru semua yang sudah berkahwin balik kampung...
Tapi sayangnya... AKU SUDAH HABIS CUTI... Oh tidak!!!
Saat aku mengupdatekan blog ni.... aku kat dalam office ni.... huhu

Mood raya masih terasa....
Banyak lagi staff lain masih bercuti...
Phewww...
Such a Lazy day to me...

Ok Bye.....
*Will update some pictures soon... <3 p="">
p/s: post pemanasan badan.... setelah sekian lama tidak mengupdate blog.... toink....

06 January 2013

Good Bye 2012! Hello 2013! ~ Happy New Year!!!

Assalamualaikum W.b.t.

Cakk!!!!


Happy New Year everyone!!!! =)

Wow... Its been ages I didn't update my blog...
I just realized my last entry was on March 2012... 
Phewww... Quite a long time for me... haha

Insya Allah.. 2013...I'm back for good... 

Till we meet again ya My Hut...
I miss you so Much...
Chiow...


12 March 2012

All England 2012

Lee Chong Wei vs Lin Dan
1st Set: LCW(19)-LD(21)
2nd Set: LCW tarik diri akibat kecederaan apabila Lin Dan mengatasi 6-2

Sejujurnya, Match 2 orang hero dalam badminton ni sememangnya dinantikan oleh semua peminat badminton seluruh dunia terutama dari Malaysia dan China termasuklah Aku… hehee.. Dengan semangat kesukanan yang tinggi… Aku pun tunggulah sampai pukul 12++ malam…

Sebelum perlawanan dimulakan, komentator ada beritahu yang D.LCW mengalami kecederaan tangan dan bahunya. Dari pengamatan aku semasa separuh akhir semalam, memang DLCW main agak berhati-hati atau dalam erti kata lain play safe. Cara dia main memang lain lah dari DLCW yang sebenar. Agak lesu dan tidak bersemangat seperti selalu. Tapi syukur Alhamdulillah dia masih berjaya untuk menumpaskan Lee Hyun Il dari Korea.

Akhirnya, pada malam ini beliau tetap turun membawa nama Malaysia sebagai salah seorang peserta perseorangan lelaki di peringkat akhir bertemu dengan seteru utamanya, Lin Dan. Di awal babak kemunculan beliau masuk ke dalam gelanggang pun dah nampak muka beliau agak lesu. Terdetik di hati, agaknya betul la tu desas desus mengatakan dia cedera. Sewaktu warming up beliau masih menggunakan baju Malaysia, so tak nampak sangat lah kecederaan beliau. Once dia bukak baju sejuk dia, then nampak kat bahu dah bertampal bagai.. urff…. Hati mula sedih.. betullah kot dia cedera. Its’ ok…

Bermula babak pertama, permainan kedua-dua pemain nampak tidak seperti dijangkakan terutamanya DLCW.  Tampak beliau sedang menahan kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya. Lihat, beberapa kali beliau memanggil ahli perubatan untuk member rawatan kepadanya. Tetapi, apa yang membanggakan, beliau tetap memberikan saingan kepada Lin Dan walaupun kalah di set pertama dengan kiraan mata (LCW)19-21(LD) …

Sebaik babak kedua bermula, kecederaan yang dialaminya semakin membelenggu di mana beliau akhirnya, terpaksa menamatkan permainan sewaktu kiraan mata pada masa itu adalah (LCW) 2 – (6 (LD). Rasanya Lin Dan agak terkejut jugak dengan keputusan yang diambil DLCW untuk menghentikan permainan dan memberi kemenangan percuma kepada Lin Dan.

Masa tu, serius aku sedih tengok DLCW yang nampak begitu sedih dengan keputusan yang diambilnya. Tapi, aku rasa keputusan yang dilakukannya memang tepat untuk mengelakkan kecederaan yang dialaminya menjadi semakin teruk. Kesian pula aku tengok LCW langsung tidak memandang kearah Piala kemenangan. Aku tahu beliau mesti rasa terkilan kerana tidak Berjaya untuk merangkulnya buat kali ketiga. Jikalau beliau tidak cedera,
AKU YAKIN 100% DLCW AKAN MENANG MALAM INI.

Apa yang amat dibanggakan dengan hero kita ni adalah, Walaupun kecederaan membelenggu beliau, beliau tetap berusaha juga untuk member saingan kepada seteru utamanya dengan melepaskan smash2 yang tajam walaupun apa yang kelihatan pada malam ni 100% lain dari rentak permainan beliau sebenar.

Walau apa pun yang terjadi, aku tetap percaya dengan kemampuan DLCW.  Semoga Dato cepat sembuh dan melakukan kemunculan kembali semasa Olimpik nanti.
Doa kami, rakyat Malaysia untuk Dato… Semoga dipermudahkan segalanya...

Selamanya… Selamanya… Selamanyaaa Sokong DLCW.

P/s: Jelas terpancar riak ketidakpuashatian Lin Dan apabila memenangi kejohanan All England dengan percuma… hehehe… mesti malu la tu kan menang macam tu… Hello LD,You’ve done it before… Now you can feel it how their feeling while you decide to forfeit the match with a nonsense excuse… Show some sportsmanship lah. even if you injured. Ni tak injured pun buat-buat injured. hahaha

Whatever happen, I still give my 200% trust to DLCW that he’s the best!!! All the Best Dato’ LCW…